Bermula kehidupan awal manusia diajar dgn kalam yg berbentuk simbol & abjad ringkas melalui Kitab Zabur. Simbol2 mewakili bentuk sesuatu & fungsi yg dibawanya. Kefahaman manusia diterjemah melalui suratan simbol2 yg ringkas @ hari ini disebut SMS (short messange service). Perkembangan bahasa & tulisan awal masih pada simbol2 ringkas. Begitulah keadaan kemajuan bahasa hari ini ianya kembali sebagaimana yg berlaku pada awalnya.
Kitab Zabur berbentuk kalam2 yg terasing diikuti Taurat berbentuk kalimah, Injil pula berkembang menjadi ayat yg mana dirangkumi pd Qur’an menjadi surah dan pada Rasul saw seluruh isi kitab mencangkupi kalam sehingga surah.
Kemajuan manusia moden hari ini yg sesuai dgn keperluan semasa dan perkembangan teknologi komunikasi & perhubungan yg cepat, pantas & ringkas. Internet menjadi medan penghubung niat dan isi hati manusia melalui rangkaian www (world web wide) atau disebut alam maya yg saling berkait, cepat & mudah. Medan halus yg hanyasanya medan gelombang digital menjadi perantara utk menghubungkan sesama manusia. Ianya juga boleh dikatakan alam rohani (tasauf) yg menghubungkan rasa, perasaan & emosi manusia yg lahir dari niat di hati (tariqat) dan diterjemahkan secara nyata melalui perbuatan (syariat) melalui penggunaan telefon, komputer dan sebagainya. Oleh itu, perhubungan secara maya bukan lagi terikat spt perbuatan nyata terbatas kpd masa, jarak, keupayaan diri dan lain2. Kehidupan dan kemajuan teknologi komunikasi hari ini sebenarnya akan membantu kita utk lebih memahami bentuk & sifat alam halus @ maya @ rohani & lain2 istilah yg seumpama dgnnya.
Kejadian penciptaan awal alam yg bermula dari halus@maya berkembang sehingga kasar @ nyata dan sekarang ini dari nyata akan kembali menjadi maya. Dalam kata lain dari unsur gas menjadi cecair & pepejal dan kini dalam proses ke menjadi unsur gas yg terasing, terpisah, ringan, bebas dll. Hidup atau hayat adalah keadaan yg unsurnya terikat, bercampur & bersebati, manakala mati atau maya pula bermaksud keadaan unsurnya yg terpisah, terurai antara satu sama lain. Jasad manusia hidup dgn gas oksigen dan apabila jasad tak berupaya lagi atau rosak (sakit) atau disebabkan kejadian (spt kemalangan) yg mana gas oksigen tidak lagi diserap oleh jasad maka pemisahan (mati) akan berlaku.
Zaman Zabur di mana manusia hidup dan berhubung melalui simbol2 ringkas & mudah sptmana bulan, bintang, matahari, air, angin, api, cahaya dll disimbolkan spt bulatan, garisan dan pelbagai lagi bentuknya. Kalau dilihat kehidupan hari ini sebenarnya keadaannya hampir serupa contohnya syarikat kenderaan Toyota menggunakan lambang kepala lembu, Honda dgn huruf H, bank2 spt Maybank dgn kepala harimau sama juga Proton dan ada juga mewakilkan bentuk diri atau nama dgn nombor. Malahan rakyat Negara kita diberi No. KP masing2. Oleh itu kehidupan kita hari ini berteraskan simbol, nombor & abjad utk mewakili sifat & ciri2 yg ada pada sesuatu produk dan perkhidmatan yg ditawarkan.
Oleh hal demikian, keadaanya sama seperti kehidupan manusia pada zaman Zabur yg mana perbezaanya corak simbol lebih kuno berbanding hari ini yg canggih kerana perkembangan dan kemajuan zaman.