Pages

Thursday, November 3, 2011

Besi Berani vs Nafsi Berahi

 Fitrah kejadian diciptakan lelaki dan perempuan untuk hidup berpasangan. Dijadikan lelaki dgn karekter yg kasar dan panas manakala perempuan padanya kelembutan dan sejuk. Umpama daratan pd lelaki dan lautan adalah gambaran perempuan. Spt juga kutub utara dan kutub selatan yg melahirkan medan magnet hidupnya bumi. Dan angin menjadi unsur utama yg membawa kehidupan pada muka bumi dan seluruh isinya. Padanya bayu darat dan bayu laut utk mengekalkan kestabilan suhu daratan dan lautan bumi. Sama juga nafas yg dihidu membawa hidup bernyawa manusia selagi hayat dikandung jasad.
Dari segi fizik disebut hukum kesan dan tindakbalas (akibat) sbg contoh apabila suatu objek digerak kpd suatu permukaan yg lembut tindakbalas yg kembali akan sama atau lebih perlahan dan sebaliknya jika terkena kpd permukaan yg keras tindakbalas yg kembali atau terhasil lebih kuat, cepat dll melebihi gerakan yg dihantar. Sbg contoh lain bunyi yg mengenai ke permukaan lembut lbh perlahan gemanya dan akan lebih kuat gemanya jika permukaannya keras atau kasar.
Niat adalah getaran atau gelombang yg terhasil pada hati diterima peti suara pd leher sbg bunyi @ suara hati @ bahasa yg didengari dlm diri yg mana ditafsirkan otak. Harus diingat bahawa hati tidak bersuara atau berbicara kerana ianya hanya bergetar dan mengeluarkan gelombang atau frekuensi tertentu dan tersusun lalu berbunyi sbg suara pd peti suara.
Mengambilkira keadaan di atas maka jika ianya diletakkan pada keadaan niat dari hati seseorang. Juga dgn mengambil contoh hal chemistry atau tarikan antara seorang lelaki kpd perempuan. Spt yg kita tahu kejadian perempuan adalah bercirikan kelembutan, kecantikan, keindahan dan sebagainya. Sudah semestinya lelaki akan tertarik kpd perempuan sptmana tarikan magnet yg bersifat saling mendekati apabila berlainan kutub. Spt yg dinyatakan Quran “dihiaskan kehendak syahwat kpd perempuan, anak2, emas perak, kenderaan mewah, wang ringgit, rumah banglo besar lagi mewah dan sebagainya….”
Maka di sini bergantung kpd niat yg dinyatakan pd perbuatan akan mengembalikan tindakbalas mengikut kekuatan frekuansi @ gelombang tarikan dari hati @ jiwa @ diri seseorang. Sbg contoh melihat aurat perempuan yg bukan muhrim apakah hukumnya? Hari ini persoalan hukum-hakam akan ditanyakan terlebih dahulu walhal yg sepatutnya soal hukum harus diletakkan pada akhir sekali selepas proses pembelajaran dan setelah pemahaman diperolehi. Agama Allah yg sampai pd Rasul saw awal sekali bukannya bab2 hukum-hakam bahkan penitikberatkan kpd pembentukan peribadi dan sahsiah diri terlebih dahulu. Rasul saw sendiri menjalani tempoh pembentukan dan penyempurnaan akhlak selama lebih kurang 40 tahun barulah diangkat menjadi Rasul dan menerima wahyu iaitu fasa ilmu pengetahuan.
Akan tetapi hari ini kerana hukum lalu menjadikan manusia cenderung untuk memandang sekejap sahaja jika melihat atau terlihat aurat wanita atau juga mengelak dari terjumpa keadaan sedemikian. Adakah ini mampu menjadi langkah penyelesaian yg mampan ke arah pembentukan akhlak dan peribadi seseorang sedangkan situasi masyarakat kita hari ini menunjukkan bahawa ianya adalah mustahil. Apa gunanya jika terlihat aurat wanita dan cuba menutup pandangan dari terus memandang sedangkan dalam fikiran masih terbayang2 akan keindahan dan keseronokannya. Sama juga yg mengelak dari bertembung keadaan tersebut sebenarnya awal2 lagi tewas di medan perang mujahadatun nafsi. Tambahan lagi jika dalam situasi perang sebenar pihak musuh pasti mendapat kemenangan besar apabila menghantar wanita tanpa seurat benang sebagai soldadu perang mereka. Ini kerana perajurit lelaki kita cukup takut utk melihat atau seboleh mungkin mengelak utk bertembung dgn keadaan sebegitu.
Jadi di sini apabila keinginan utk menikmati keseronokan (syahwat) dibendung spt melihat hanya sepintas lalu kesannya ianya masih ada terbayang dan makin kuat meronta dlm diri. Semakin diikat ditahan akan menyebabkan kekuatan dan rontaannya makin bertambah kerana syahwat adalah perasaan bersifat api yg mana ianya adalah angin yg panas. Jasad manusia harus stabil pada suhunya dan tidak boleh menyimpan angin yg panas. Angin yg panas akan membawa kesan panas badan dan perasaan gelisah, tidak menentu, hilang kawalan dan keseimbangan apabila berterusan dibiarkan. Lalu akan menjadi mudarat kepada diri dan boleh menimbulkan penyakit yg boleh merosakan sistem jasad.
Disebabkan itu timbulnya kes2 spt haruan makan anak yg mana turut berlaku kpd mereka yg berpewatakan alim. Oleh itu syahwat harus dipenuhi keinginannya spt melihat sampai puas hati apa yg ingin dilihat tanpa cuba mengelak kononnya hukum mengatakan ianya begini atau begitu. Dari situ syahwat dibentuk melalui caranya melepaskan ianya bergerak tapi tali kekangannya masih tertambat. Sama spt proses bagaimana unta, lembu atau kuda liar atau pun haiwan buas lain dijinakkan. Contoh lain ialah proses menaikkan ikan yg telah memakan umpan pancing yg mana melibatkan proses lepas-tarik disertai sabar merupakan satu pengiktibaran kpd kita dalam membentuk syahwat diri ke arah terbentuknya peribadi dan sahsiah diri yg berperi pekerti yg murni dan luhur.
Adakah kita ingin menafikan keinginan diri dan memunafikkan diri sedangkan kesan dan akibatnya adalah kembali kpd diri kita sendiri.
Kembali kpd penyataan niat dari hati adalah dlm bentuk frekuansi atau gelombang spt yg disebutkan di atas. Frekuansi atau gelombang niat tidak terbatas kpd masa, jarak, tempat dan sebagainya. Ianya bersifat halus tidak dapat dilihat akan tetapi boleh dirasai dan difahami melalui panca indera spt lirikan atau tenungan mata, riak muka, gerakan anggota atau isyarat2 lain. Keadaan ini adalah bilamana getaran @ gelombang niat ditafsirkan otak yg mengawal pergerakan membawa nyata pada anggota panca indera. Spt yg disebut bahawa setiap perbuatan bermula dgn niat. Lalu di sini niat yg harus dipertanggungjawab hukumnya bagaimana, bukannya hukum diletakkan dan diadili mengikut perbuatan. Dan niat hanya Allah Yg Maha Esa Maha Mengetahui hakikatnya dan milik Allah Maha Mengadili dan Menghukumnya bagaimana.
Oleh yg demikian, soal hukum salah atau tidak perbuatan tersebut harus diketepikan kerana yg penting kita harus belajar terlebih dahulu dan melaluinya sehingga diperoleh kefahaman. Lalu kefahaman menjadi tolok ukuran dan duduk letak diri seseorang. Syariat adalah tata tertib hukum luaran harus dibiarkan longgar dan tidak terlalu mengikat kerana ianya tertakluk kpd perbuatan jasad. Tariqat jalan yakni niat yg lahir dari hati yg menentukan baik buruk jadinya pada perbuatan. Biarlah rasa rohani yakni tasawwuf yg membawa kita mengerti haqiqat sesuatu perbuatan apabila ianya dinyatakan. Dengannya agar kita beroleh makrifat kefahaman keseluruhan kenapa sesuatu perbuatan berlaku sedemikian dengan caranya yg sedemikian dan memberi kesan yg memberi rasa yg sedemikian dan jadinya ia pada masa ianya terjadi.

Martabat 7 Deadly Sin Qarin Kekuasaan2 Yg Merosakan

Martabat 7 deadly sins @ Qarin Kekuasaan2 Yg Merosakan
  1. Al-Khannas –  diri yg seronok dunia terbuai akan bodoh, cuai dan lalai
  2. Al-Wahan – diri yg syak wasangka & suka menipu memutar belit
  3. Al-Khurris – diri yg malas, berat tulang dlm segala hal
  4. Al-Khawas – diri yg was-was, ragu2, bolak-balik
  5. Al-Marrah – diri yg baran/pemarah mudah melenting
  6. Al-Hasad – diri yg dengki/hasad/tamak
  7. Al-Khuwaris – diri yg bangga/sombong dgn pengetahuan, kekayaan dll.
7 jenis diri syaitan utama yg menjadi qarin dikuasai jarum suntikan iblis yg telah tertanam pd hati manusia merupakan fitnah awal terhadapa kejadian manusia dahulu lagi.
7 golongan Jin Atasan Puppet Master yang bersumpah akan menghancurkan umat manusia..
  1. Hirotul Ma’inin – menyebabkan penyakit seumpama barah kepada manusia
  2. Hirotul Wa’ni – membangkitkan syahwat yang berterusan
  3. Hirotul Hawarim – mengakibatkan kesan penyakit cacar
  4. Hirotul Razazil – mengajar kehebatan ilmu kepada manusia (sihir)
  5. Hirotul Sya’ni – mengakibatkan kerosakan otak & hati
  6. Hirotul Wahmin – mengirim sihir kepada manusia
  7. Hirotul Syararin – membawa lelaki & perempuan melakukan zina (pengasih)
Disunting semula dari Elan Zain

Fitnah Iblis Menguasai Jasad Manusia

Jangan kita bilang kita telah terselamat dari fitnah Iblis. Awalnya dulu apabila Adam dan Hawa telah menelan buah khuldi atau buah api ianya adalah implan yg menjadi senjata Iblis untuk merosakkan Adam dan keturunannya seluruhnya. Selepas itu, manusia selepasnya bukan lagi jadi sebagaimana kejadian Adam yg dibentuk dgn kekuasaan bahkan jadinya manusia dari jasad yg rosak. Justeru itu, manusia diperintahkan utk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dgn tujuan supaya jasad yg rosak akibat fitnah Iblis dapat dipulihkan sebaik mungkin. Kebaikan yg diperbuat adalah utk diri sendiri bergantung kpd keupayaan dan kefahaman setiap manusia.
Setiap manusia yg lahir telah tertanam dgn implan Iblis yg mana digunakannya utk menguasai dan mengawal manusia menurut hawa nafsu yg mendorong ke arah keburukan dan kerosakan. Ianya juga disebut titik hitam yg ada di hati manusia. Kedudukan implant iblis yg terbahagi kpd 3 segitiga kekuasaan di mana ianya terletak di belakang hati, di depan dahi dan di belakang pinggang. Di belakang hati berfungsi membolak-balik hati menimbulkan was2 ragu2 kpd manusia, di dahi melahirkan sifat panas menyebabkan manusia menjadi ujub takbur, riak, bangga diri, sombong megah dgn pengetahuan dll dan di belakang pinggang mengikat kudrat kekuatan manusia menjadi malas berusaha, berat tulang dan sebagainya. Selain itu, kesannya kpd fizikal datangnya penyakit2 yg sukar diubati spt penyakit berkaitan dna atau darah spt kanser, barah dll. Ianya menyebabkan ketidakseimbangan penghasilan hormon cecair keseimbangan kimia yg ada dalam tubuh manusia. Rosaknya keseimbangan unsur kimia pd jasad akan melumpuhkan sistem perjalanan dan keseimbangan jasad seluruhnya.
Kulit merupakan organ terbesar jasad manusia kemudiannya diikuti hati yg keduanya. Hati menjadi tempat penghasilan darah, penyahtoksin, peneutralan darah, merembes hempedu dll. Dan darah disalurkan melalui2 urat2 pembuluh darah yg terletak di bawah kulit. Darah bergerak kerana adanya udara @ oksigen yg disedut melalui saluran pernafasan dibawa ke paru2 dan dipam oleh jantung ke seluruh badan. Manusia hidup dgn bernafas yg diisi ke dalam darah yg bergerak ke seluruh tubuh. Oleh itu, nafas, nafsu, diri, jiwa, hati merujuk kpd perkaitan yg sama.
Syaitan yg disebut bergerak dalam darah manusia adalah dlm bentuk angin yg panas yg lahir dari sifat2 buruk dlm diri manusia. Implan iblis menjadi jarum parasit memainkan peranan penting utk pengekalan secara berterusan hidupnya syaitan dlm diri manusia yakni sifat2 keburukan. Telah kita ketahui darah dihasilkan hati diisi oksigen (pernafasan) pd bronkiol alvoli paru2 & kemudiannya dipamkan oleh jantung. Oleh yg demikian, laju atau perlahan tarikan nafas dan degupan jantung menggambarkan keadaan diri yg sedang tenang atau sebaliknya. Begitu juga suhu badan yg panas atau sejuk turut memberi kesan kpd perasaan dan emosi manusia.
Sesungguhnya jasmani dan rohani saling berkait kerana apa yg berlaku kpd jasad akan memberi kesan kpd rohani dan sebaliknya juga sama. Iblis telah belajar dan memahami sistem kejadian jasad manusia dan perkembangannya ribuan tahun dahulu lagi. Juga spt disebut tiada tempat di muka bumi yg tidak pernah disujud oleh iblis. Ini bermakna iblis cukup memahami setiap inci ceruk kejadian jasad yg asalnya kejadian dari tanah @ bumi.
Syaitan bukanlah entiti luaran yg masuk ke dalam jasad manusia bahkan adalah entiti dari dalam manusia itu sendiri atau lebih tepat lagi adalah diri manusia itu sendiri bilamana diri@hati@jiwa telah dikuasai (qarin) oleh sifat2 keburukan. Dan ianya sebati dlm darah daging manusia dan terus kekal hidup melainkan proses penyucian diri atau mujahadah nafsi dilakukan oleh seseorang itu.