Dari segi fizik disebut hukum kesan dan tindakbalas (akibat) sbg contoh apabila suatu objek digerak kpd suatu permukaan yg lembut tindakbalas yg kembali akan sama atau lebih perlahan dan sebaliknya jika terkena kpd permukaan yg keras tindakbalas yg kembali atau terhasil lebih kuat, cepat dll melebihi gerakan yg dihantar. Sbg contoh lain bunyi yg mengenai ke permukaan lembut lbh perlahan gemanya dan akan lebih kuat gemanya jika permukaannya keras atau kasar.
Niat adalah getaran atau gelombang yg terhasil pada hati diterima peti suara pd leher sbg bunyi @ suara hati @ bahasa yg didengari dlm diri yg mana ditafsirkan otak. Harus diingat bahawa hati tidak bersuara atau berbicara kerana ianya hanya bergetar dan mengeluarkan gelombang atau frekuensi tertentu dan tersusun lalu berbunyi sbg suara pd peti suara.
Mengambilkira keadaan di atas maka jika ianya diletakkan pada keadaan niat dari hati seseorang. Juga dgn mengambil contoh hal chemistry atau tarikan antara seorang lelaki kpd perempuan. Spt yg kita tahu kejadian perempuan adalah bercirikan kelembutan, kecantikan, keindahan dan sebagainya. Sudah semestinya lelaki akan tertarik kpd perempuan sptmana tarikan magnet yg bersifat saling mendekati apabila berlainan kutub. Spt yg dinyatakan Quran “dihiaskan kehendak syahwat kpd perempuan, anak2, emas perak, kenderaan mewah, wang ringgit, rumah banglo besar lagi mewah dan sebagainya….”
Maka di sini bergantung kpd niat yg dinyatakan pd perbuatan akan mengembalikan tindakbalas mengikut kekuatan frekuansi @ gelombang tarikan dari hati @ jiwa @ diri seseorang. Sbg contoh melihat aurat perempuan yg bukan muhrim apakah hukumnya? Hari ini persoalan hukum-hakam akan ditanyakan terlebih dahulu walhal yg sepatutnya soal hukum harus diletakkan pada akhir sekali selepas proses pembelajaran dan setelah pemahaman diperolehi. Agama Allah yg sampai pd Rasul saw awal sekali bukannya bab2 hukum-hakam bahkan penitikberatkan kpd pembentukan peribadi dan sahsiah diri terlebih dahulu. Rasul saw sendiri menjalani tempoh pembentukan dan penyempurnaan akhlak selama lebih kurang 40 tahun barulah diangkat menjadi Rasul dan menerima wahyu iaitu fasa ilmu pengetahuan.
Akan tetapi hari ini kerana hukum lalu menjadikan manusia cenderung untuk memandang sekejap sahaja jika melihat atau terlihat aurat wanita atau juga mengelak dari terjumpa keadaan sedemikian. Adakah ini mampu menjadi langkah penyelesaian yg mampan ke arah pembentukan akhlak dan peribadi seseorang sedangkan situasi masyarakat kita hari ini menunjukkan bahawa ianya adalah mustahil. Apa gunanya jika terlihat aurat wanita dan cuba menutup pandangan dari terus memandang sedangkan dalam fikiran masih terbayang2 akan keindahan dan keseronokannya. Sama juga yg mengelak dari bertembung keadaan tersebut sebenarnya awal2 lagi tewas di medan perang mujahadatun nafsi. Tambahan lagi jika dalam situasi perang sebenar pihak musuh pasti mendapat kemenangan besar apabila menghantar wanita tanpa seurat benang sebagai soldadu perang mereka. Ini kerana perajurit lelaki kita cukup takut utk melihat atau seboleh mungkin mengelak utk bertembung dgn keadaan sebegitu.
Jadi di sini apabila keinginan utk menikmati keseronokan (syahwat) dibendung spt melihat hanya sepintas lalu kesannya ianya masih ada terbayang dan makin kuat meronta dlm diri. Semakin diikat ditahan akan menyebabkan kekuatan dan rontaannya makin bertambah kerana syahwat adalah perasaan bersifat api yg mana ianya adalah angin yg panas. Jasad manusia harus stabil pada suhunya dan tidak boleh menyimpan angin yg panas. Angin yg panas akan membawa kesan panas badan dan perasaan gelisah, tidak menentu, hilang kawalan dan keseimbangan apabila berterusan dibiarkan. Lalu akan menjadi mudarat kepada diri dan boleh menimbulkan penyakit yg boleh merosakan sistem jasad.
Disebabkan itu timbulnya kes2 spt haruan makan anak yg mana turut berlaku kpd mereka yg berpewatakan alim. Oleh itu syahwat harus dipenuhi keinginannya spt melihat sampai puas hati apa yg ingin dilihat tanpa cuba mengelak kononnya hukum mengatakan ianya begini atau begitu. Dari situ syahwat dibentuk melalui caranya melepaskan ianya bergerak tapi tali kekangannya masih tertambat. Sama spt proses bagaimana unta, lembu atau kuda liar atau pun haiwan buas lain dijinakkan. Contoh lain ialah proses menaikkan ikan yg telah memakan umpan pancing yg mana melibatkan proses lepas-tarik disertai sabar merupakan satu pengiktibaran kpd kita dalam membentuk syahwat diri ke arah terbentuknya peribadi dan sahsiah diri yg berperi pekerti yg murni dan luhur.
Adakah kita ingin menafikan keinginan diri dan memunafikkan diri sedangkan kesan dan akibatnya adalah kembali kpd diri kita sendiri.
Kembali kpd penyataan niat dari hati adalah dlm bentuk frekuansi atau gelombang spt yg disebutkan di atas. Frekuansi atau gelombang niat tidak terbatas kpd masa, jarak, tempat dan sebagainya. Ianya bersifat halus tidak dapat dilihat akan tetapi boleh dirasai dan difahami melalui panca indera spt lirikan atau tenungan mata, riak muka, gerakan anggota atau isyarat2 lain. Keadaan ini adalah bilamana getaran @ gelombang niat ditafsirkan otak yg mengawal pergerakan membawa nyata pada anggota panca indera. Spt yg disebut bahawa setiap perbuatan bermula dgn niat. Lalu di sini niat yg harus dipertanggungjawab hukumnya bagaimana, bukannya hukum diletakkan dan diadili mengikut perbuatan. Dan niat hanya Allah Yg Maha Esa Maha Mengetahui hakikatnya dan milik Allah Maha Mengadili dan Menghukumnya bagaimana.
Oleh yg demikian, soal hukum salah atau tidak perbuatan tersebut harus diketepikan kerana yg penting kita harus belajar terlebih dahulu dan melaluinya sehingga diperoleh kefahaman. Lalu kefahaman menjadi tolok ukuran dan duduk letak diri seseorang. Syariat adalah tata tertib hukum luaran harus dibiarkan longgar dan tidak terlalu mengikat kerana ianya tertakluk kpd perbuatan jasad. Tariqat jalan yakni niat yg lahir dari hati yg menentukan baik buruk jadinya pada perbuatan. Biarlah rasa rohani yakni tasawwuf yg membawa kita mengerti haqiqat sesuatu perbuatan apabila ianya dinyatakan. Dengannya agar kita beroleh makrifat kefahaman keseluruhan kenapa sesuatu perbuatan berlaku sedemikian dengan caranya yg sedemikian dan memberi kesan yg memberi rasa yg sedemikian dan jadinya ia pada masa ianya terjadi.