Bermula hidup dari apa yg dibentuk, diajar, dilatih, diterap berulang2 kali lalu diambil dan dijadikan sebagai pengetahuan diri. Lalu terbentuklah diri atas diri yg dibentuk sedemikian termeteri. Hilang diri dimamah bayang2 yg tiada seumpama pemburu tanpa bayang yg memburu di sebalik bayang2 sendiri dan terburu oleh bayang2 sendiri. Perbuatan dulu menghantui kehidupan masa sekarang dan atas perbuatan dulunya diri terkejar2 akan bagaimanakah kehidupan akan datang nanti.
Banyak yg kita tahu tentang sesuatu tanpa perlu kenal atau melihat sendiri sesuatu itu ini begitu atau begini. Apa yg diucap, difikir, digambar, dikehendaki, diperlukan hanyasanya mengikut apa yg diri tahu adakah makna mahupun erti. Sekalipun belum tentu ianya benar seperti yg dihajati atau sebaliknya sangkaan mati. Terlampau tebal lapisan2 yg telah dibentuk bersemadi mendarah daging pada diri sehinggakan diri sudah tidak tahu apa itu diri sendiri. Wayang kulit kehidupan diri yg mana dalangnya adalah diri sendiri dan yg menontonnya juga adalah diri sendiri. Buat menghibur lara diri atau mengubat penawar rindu akan diri yg tersembunyi di balik awan bak rembulan yg terang benderang hanya pada cahayanya bukan empunya diri.
Hanya suara dibawa angin pergi buat bertiup bermain2 di jari2 memecah kesunyian gelap malam yg tak berbintang sinarnya malap siangnya menjelma ditelan sang suria mentari mulanya kehidupan pagi hari. Lalu bermula semula mainan wayang diri bekerja seharian tersembunyi di sebalik wakil2 diri yg telah dilantik diri buat menjalankan tugas memenuhi apa yg dihajati. Laksana mata2 pantang terlintas depannya ditenung2 bagi memastikan tiada aral yg akan melintang menyanggah diri. Supaya bersedia untuk angkat kaki memecah seribu langkah ketakutan diri akan mati2 patah tumbuh tiada berganti bila larian bermula nanti. Membujur lalu pula apabila langkah tersusun rapi umpama perajurit di medan perang mempertahankan ibu pertiwi sehingga ke titisan darah terakhir jatuh ke bumi.
Kerak nasi kian menebal diselangi tangisan diri yg sayup didengari pekak2 badak yg pantang melihat api dipijak2 sehingga mati sedangkan diri lupa bara api masih tergenggam rapi dalam diri. Api2 yg kecil menjadi kawan sehidup semati dan lawan yg paling disukai dibelai2 diusap setiap hari. Api maujud diri yg terjaga seribu tahun lagi tiada mati melainkan kayu2 yg kering mati bertunas kembali hijau disimbahi air yg mengalir tiada terhenti dari hulunya mudik ke muara yg terbelah terbahagi di hilir lembah yg berkanopi. Lalu mahukan api yg membakar diri atau api yg melebur kepingan2 besi?
Api maujud diri lahir dari yg dilaknati dulunya lagi sumpahnya membakar pepohonan sehingga menjadi kayu2 api yg menjulang api yg tinggi. Tiada yg terlepas darinya melainkan hamba2 abdi yg dirantai kakinya dgn besi berani menarik bila menghampiri dan menjauhi tatkala bertemu yg sama sisi. Itulah kanan dan kiri adat berpasangan dicipta sejak azali dikat mati umpama satu sosok diri. Sayangnya rumah yg terbina kukuh rapi terbakar dek bara api dalam sekam padi. Lalu padi tidak lagi berisi bersembah bumi terbuai2 bila angin datang ke mari menjunjung duli duri dalam isi. Beras pun hampa dan nasi menjadi basi. Maka besi yg tiada berani tiada kuasa niatnya lagi. Bersimpuh bersilalah menghidupkan tiang seri delimanya kembali. Agar tegak ia berdiri memacak bumi di payungi langit yg menghujankan panah2 sakti buat merejam si hitam yg membayangi diri selama ini. Seri delima merah warnanya bila darah yg lama terhenti bergerak ke tubuh bawa bersama segala yg terisi. Lalu tahyatul diakhiri salam bersempena mengingati bahawa siang dan malam bersilih-ganti itulah kejadian langit dan bumi untuk diperhati mencerna minda mencermin gambaran seumpama jadinya diri.
No comments:
Post a Comment