Pages

Sunday, August 28, 2011

Rasul saw Ilmuwan Terulung Cahaya Kehidupan


Rasul saw dan Quran telah mengajar kita untuk menguasai apa-apa sahaja ilmu pengetahuan yg boleh dicapai tanpa membataskan atau membahagikannya mengikut bidang/istilah sebagaimana hari ini. Sesungguhnya Rasul saw telah diberi segala ilmu yg wujud dan menguasai seluruhnya. Hari ini sains menjadi tonggak peneraju kekuatan dan perkembangan ilmu pengetahuan manusia. Sebut sahaja bidang ilmu sains termasuk kuantum fizik, kuantum dinamik, termodinamik, sains kaji hayat, sains peradaban, metafizik atau apa2 lagi istilah yg ada. Maka adakah ilmu-ilmu yg dikatakan puncak keagungan ilmu oleh manusia hari tidak sampai dan tidak pernah dipelajari Rasul saw?

Apabila diangkat sebagai makhluk terbaik mengatasi seluruh penciptaan yg ada maka Rasul saw telah memiliki segala-gala ilmu yg wujud setaraf dgn kesempurnaannya sebagai insan yg paling termulia. Cuma pada gambaran kita Rasul saw seorang yg selalu berjubah berserban, hidup dlm keadaan sederhana (semacam miskin), beristeri ramai, menghabiskan masanya 24 jam sehari di masjid, kadang2 pergi berperang dan sebagainya. Adakah benar begitu spt yg disangkakan?

Sesungguhnya Rasul saw adalah raja segala raja, pakar ekonomi mengatasi sesiapa, pakar fizik, biologi, kimia, matematik, politik siasah dan semua disiplin ilmu yg ada semuanya telah dimiliki Rasul saw. Segala ilmu dari awal penciptaan alam sehingga akhir penciptaan alam telah diberikan kepada baginda maka sejurus itu baginda mampu membentuk satu tata kehidupan manusia yg berperadaban tinggi melebihi mana-mana ketamadunan manusia yg wujud sebelumnya.

Berapa banyak hadis baginda yg telah sampai kpd kita hari ini? Mari kita anggarkan 500,000 hadis yg ada hari ini. Lalu jumlahnya dibahagikan dgn tempoh mula baginda menjadi rasul sehingga wafat iaitu 23 tahun semuanya bersamaan 8395 hari dan dibahagikan lagi dgn 24 jam. Jadi 500,000 ÷ 8,395 ÷24 = 2.5 hadis/ayat/perkataan. Seolah-olahnya baginda hanya menyampaikan 3 hadis sahaja dlm satu jam. Adakah logik jika baginda adalah role model kpd seluruh manusia hanya menyampaikan 60 hadis sehari. Para sahabat pasti bertanya pelbagai soalan yg merangkumi berbagai bidang ilmu kehidupan. Oleh itu, seakan2 terlalu banyak ilmu yg hilang dan tidak sampai kepada kita hari ini.

Oleh yg demikian, hari ini keperibadian baginda hanya lebih menjurus kepada keagamaan dan yg berkaitan dgnnya sahaja. Jika dulunya baginda dan para sahabatnya yg mana telah mencapai kemuncak peradaban hidup manusia maka tentulah banyak kitab2 yg mencangkupi pelbagai disiplin ilmu telah ditulis sebagaimana byknya buku-buku kajian ilmiah manusia hari ini. Selain itu, di nusantara kenapa tiada kitab2 ilmu sebelum 1400 masihi? Kebanyakan rujukan/manuskrip sejarah paling awal ditulis yg dijumpai di sini hanya selepas 1400 masihi. Adakah mereka yg dulunya tidak menulis atau malas menulis. Tentu sekali tidak.

Hal ini kerana, banyak kerajaan2 hebat dan berkuasa telah muncul di nusantara ini sebelum 1200 masihi dan pastinya mereka mempunyai sumber-sumber wacana ilmu dan kitab2 tulisan yg amat banyak selaras dgn perkembangan dan jangka hayat sesebuah kerajaan. Jika dikaji pastilah ada bersebab kenapa kejadian sebegini telah berlaku kerana kejadian yg berlaku sebelumnya akan memberi kesan kepada kejadian hari ini. Dan kejadian hari ini akan memberi kesan kepada kejadian yg akan berlaku esoknya.

Sama seperti kehidupan kita yg dialami hari ini kerana apa yg telah kita buat semalamnya. Lalu jika hidup kita hari tidak menentu,  porak-poranda, susah yg bertali –arus dan sebagainya, maka seeloknya cubalah teliti kehidupan ibu-bapa dan keturunan sebelumnya. Kita wujud hari ini kerana ikatan darah yg tidak pernah putus dari satu orang kpd satu orang selepasnya. Kehidupan keturunan dulu turut terkesan kepada kehidupan kita hari ini sama spt kehidupan kita hari ini membawa kesan kepada anak cucu kita yg akan datang.

Setiap yg berlaku tidak terjadi tanpa sebarang maksud dan apabila ianya terjadi akan ada tanda2/alamat2 yg menunjukkan perkaitan dgn kejadian yg berlaku. Maka tanda2 perlu diambilkira dan diperhalusi agar maksud terhadap sebab sesuatu terjadi dapat difahami sebaik2nya. Terpulanglah kepada kita untuk memilihnya samada mencari maksudnya berdasarkan tanda2 yg ada atau boleh memilihnya untuk membiarkannya begitu sahaja. Pilihan tetap untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

Tuhan tidak mengubah nasib kita sehingga kita mencari jalan untuk mengubahnya. Tuhan juga tidak menentukan sesuatu yg buruk kepada manusia bahkan keburukan berlaku atas sebab2 perbuatan manusia itu sendiri. Mencari sesuatu yg tidak diketahui haruslah mengikut gerak dan rasa hati sehinggalah berjumpa apa yg kita cari. Sebagaimana kita sewaktu kecil yg tidak ada pengetahuan, bermula dgn rasa dan belajar dari rasa berulang2 kali lalu baru datangnya ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada kita.

No comments:

Post a Comment