Pages

Thursday, August 18, 2011

Bagaimana merasai kalam2 kekuasaan Quran

Bagaimana merasai kalam2 kekuasaan Quran
Apa yg saya ingin kongsikan di sini bukan suatu yg baru atau di luar pengetahuan kita. Sy cuba berkongsi cerita atau keadaan yg biasa kita lakukan seharian & sepanjang hidup kita.
Kita hanya biasa membaca Quran menghafalnya dan selalu menyebutnya berulang-kali utk tujuan mendapat kebaikan mencari hidayah dan menjadikan sebagai panduan hidup kita. Lalu pernahkan kita diberitahu bagaimana merasa kalam atau ayat2 yg dibaca? Perbuatan2 lain spt makanan yg kita makan, minuman yg kita minum, pakaian yg kita pakai, rumah yg kita diami, kereta yg kita pandu & sebagainya dilakukan dgn mengambilkira kesedapannya, keselesaan, kesesuaian, kebaikan yg ada pada barangan atau sesuatu perkhidmatan samaada menepati cita rasa & kepuasan hati kita. Hal ini merujuk kepada rasa dan berkisar tentang rasa yg kita mahukan atau perlukan.
Oleh itu adakah kita melakukan perbuatan serupa apabila membaca Quran? Adakah kita menitikberatkan akan rasa kalam yg disebut atau ayat2 yg dibaca? Mungkin kita tak pernah mengetahuinya pun atau mungkin tidak pernah sama sekali seseorang menceritakan tentangnya atau mengajar atau pun memberitahu bahawa setiap kalam/ayat2 mempunyai rasanya tersendiri dan rasanya berbeza mengikut diri yg membacanya. Lalu bagaimana boleh kita mendapat manfaat dan kebaikan darinya sedangkan kita tak pernah merasai isi2 kalam2 tersebut dan tak pernah mengenal rasa pd kalam2 Quran.
Dengan itu mari kita mulakan belajar merasai kalam2 kekuasaan Quran yg telah sampai kpd kita. Soalnya bagaimana nak buat?
Langkah 1:  Tariklah nafas melalui mulut dan tahan nafas yg disedut. Semasa menahan nafas sebutkan tasbih Subhanallah di dlm hati. Sebutan hanya di dalam hati jangan dilafaz di bibir kerana tujuannya utk kita merasai tasbih yg kita sebutkan pd hati.
Langkah 2: Selepas itu lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung sambil merasai pergerakan dan aliran darah yg beredar di seluruh anggota badan. Pada masa sama rasakan apakah yg dirasai pd hati semasa bertasbih dan semasa merasai aliran darah ke anggota badan kita. Kalau aliran darah dirasai sampai hingga ke tapak kaki dan hujung ibu jari kaki. Urat2 saraf yg menghubungkan seluruh anggota badan terletak di tapak kaki. Sebab itu biasanya ada urutan refleksi tapak kaki utk tujuan kesihatan.
Langkah 3: Apakah rasanya tatkala hati melafazkan tasbih? Apakah rasa yg datang? Walaupun rasa tak boleh diceritakan akan tetapi kita boleh mengumpamakan rasa yg dirasai mengikut bahasa perkataan.
Tasbih membawa rasa tunduk hati kita, rasa yg seolah2 diri ini kerdil dibanding alam yg luas terhampar, rasa yg membawa tenang pd hati nyaman sunyi yg hening, dan merasakan sebenar2nya pujian selayaknya milik Allah Yg Maha Esa Yg Maha Suci mengatasi segala2nya. Hanya sekadar perumpamaan bahasa utk menggambarkan keadaan rasa tasbih dan setiap org akan merasa rasa yg berbeza mengikut kelembutan & kehalusan hati seseorang. Maha Suci Allah yg menjadikan kepelbagaian rasa pd setiap insan yg menggambarkan kehebatanNya yg tiada tolok bandingnya dan Esanya Dia yg Satu tiada menyamai mana2 makhluk ciptaanNya.
Tasbih, tahmid, takbir setiap masing2 membawa isi rasa yg berbeza kpd yg menyebutnya. Ianya juga memberi rasa yg berbeza mengikut masa, keadaan, tempat dan orang yg melafazkannya.
Sama juga dengan kaedah/cara yg sama spt di atas cuba pula kita menyebut kalam/huruf spt Alif atau Ba atau Sa dan lain2 kalam muqaddam. Diangatkan utk melakukan proses ini dgn menyedut nafas melalui mulut dan melepaskannya melalui hidung. Tujuannya supaya nafas yg terkandung pdnya oksigen yg diperlukan setiap sel tubuh badan kita sampai ke badan dulu. Jika nafas ditarik melalui hidung dan melepaskannya melalui mulut atau hidung juga maka oksigen akan dihantar ke otak terlebih dahulu barulah kemudiannya diedarkan ke seluruh anggotan badan. Bahagian badan mempunyai ruang yg lebih besar maka ini bermakna akan lebih mudah kita merasa berbanding bahagian kepala yg kecil.
Proses ini juga boleh dilakukan pd asma’2 alhusna nama2 kekuasaan Allah. Hanya ikuti langkah2 spt yg dinyatakan. Kaedah ini hanya utk kita belajar mengenal rasa dan ianya permulaan ke arah belajar utk membezakan rasa, menghayati rasa, mengerti akan maksud rasa dan memahami isi rasa yg mana membawa byk kebaikan dlm kehidupan kita. Pilihan kpd diri utk menerima atau menolak apa yg saya cuba kongsikan sekadar apa yg saya upaya utk kongsikan. Jika kita bersikap lebih terbuka tanpa cuba menyangka2kan dgn pelbagai sangkaan spt betul ke ni, boleh percaya ke ni, ajaran mana pulak ni dan sebagainya Insya’Allah jika dilakukan kebaikan yg diperolehi adalah utk diri sendiri. Diri yg menentukan apa yg dimahukan. Jika makan kita mahukan yg sedap2 mengikut cita rasa kita dan menikmatinya sebaik mungkin apa yg dimakan, maka kenapa tidak kita belajar merasa kalam/ayat2 Quran yg kita baca/lafaz. Quran yg kita nyatakan sebagai panduan hidup mukjizat terbesar yg diberikan kpd Rasul saw yg dikasihi. Lalu bagaimanakah caranya agar Quran benar2 menjadi panduan & pedoman hidup kpd kita?
Setakat bercerita walau panjang berjela tidak memberi apa2 erti kpd anda. Nak tahu samada boleh diterima atau taka pa yg saya kongsikan lakukannya terlebih dahulu dan rasainya serta lihatlah ada memberi kesan/pelajaran atau tidak. Belajar membuat dulu baru percaya. Bila bercakap tentang rasa kenalah rasa sendiri baru tahu. Hanya yg merasa tahu apa yg dirasa. Rasanya bagaimana ya? Selamat belajar dan selamat mencuba semoga beroleh kebaikan dan kemaslahatan kpd diri anda masing2.
Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.
Iqra’ bacalah dgn rasanya hati kamu. Selepas habis baca kandungan posting ini ada apa2 rasa tak? Tak kiralah apa2 rasa pun. Janji ada rasa. Kalau hati rasa ya yalah rasa hati. Kalau hati rasa yang rasayanglah hati. Kalau hati rasa kasih Rasul saw yg dikasihi Rasul saw yg dikasihi rasa kasih hati kita. Kita rasa kasihi Rasul saw yg dikasihi bawa kita rasa sayang pada semuanya. Semuanya akan rasa sayang kita dan Rasul saw yg dikasihi rasa kasihkan kita. Terima kasih kasih diterima kembali kpd Rasul saw yg dikasihi. Selawat dan salam buat baginda rahmat cahaya yg di atas segala cahaya rahmat Allah Yg Maha Esa.
Salam Salaman Salamati ila tasliman kasira.

2 comments:

  1. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

    Terima kasih kepada Allah dan Tuan Haruman Alam atas perkongsian..amat besar ilmu yang saya peroleh dari entry ini..moga Allah izin agar saya juga dapat RASA kalam2 kekuasaanNYA. Amin

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah dpt kita saling belajar antara satu sama lain dan apa yg ada kita kongsi2kan pd semua. Terima kasih kembali pd Rasul saw yg dikasihi.tanpa baginda siapalah kita.Selawat & Salam atasnya cahaya rahmat kpd alam ini.

    ReplyDelete