Pages

Friday, August 19, 2011

Nikmat Apa Lagi Yg Hendak Didustakan

Salam pertemuan menaut kembali kehidupan awal yg telan hilang dengan kehidupan kemudian yg telah bermula kembali berjalan seadanya. Mengenal rasa lalu tahu pula membezakannya agar rasa hidup dapat dihayati sepenuhnya memberi maksud erti utk difahami dalam kehidupan kita seadanya.
Wahai kita pd makan jgn terpikat akan halwa mata & pandangan
Apa yg dimakan bawa kesan kpd tenteramnya kehidupan
Silap makan perut boleh meragam datang ketidakselesaan
Kata org tua yg lebih merasa dulu asam & garam kehidupan
Bukan maksudnya makan kena lebih garam yg diumpamakan
Berhati2 dlm amalan pemakanan agar tidak memudaratkan kesihatan
Dek garam kepala cepat pitam kerna darah naik menjulangan
Mudah marah datang panas geram dan baran
Hilang seimbang pada gerak hidupan
Itulah sememangnya garam amat berkesan
Seeloknya makan yg masam2 dlm masakan & minuman
Yg masam boleh menormalkan aliran angin darah perjalanan
Jgn pula bermuka masam yg mahu diamalkan
Alangkan ikan di laut asam di daratan
Dalam periuk adanya pertemuan
Yg pahit manis dijadikan kenangan
Buat menimba ilmu & pengalaman
Menjadi bekal alas perjalanan
Sehingga ajal seruan tiba tandanya maut datang panggilan
Sementelahan itu hidup harus diteruskan
Belumlah selesai lagi satu perjuangan

Bahasa hanyalah susunan getaran dialun indah mengikut nada & iramanya
Tulisan suratan tiada bermakna sekalipun ditinta pelbagai rupa & warna mahupun bentuknya
Tutur kata diluah keluar tersimpan dalamnya isi siratan aneka rasa diri empunya
Lalu demikian ianya diperi disimpul disilang kata agar isinya kekal rahsia hendaknya
Hanya ditelahkan pd yg mampu menangkap ikan melalui umpan kailannya
Itulah peri kayanya bahasa serta ampuh akan mandiri keseniannya
Mari kita perhatikan pada aspek pengeluaran & pembuatan makanan hari ini akan bab pembungkusannya amatlah dititikberatkan mengutamakan keuntungan pulangan yg lumayan. Maka kita lebih tertarik kpd pakej pembungkusan yg lebih indah & cantik menarik sebenarnya samaran menipu mata pandangan. Maka makanan dimakan bukan lg kerana rasanya akan tetapi kekenyangan jadi gentian. Oleh itu, lari bergantian dalam perlumbaan mencapai kemenangan mengumpul kebendaan sudah jadi adat kebiasaan.
Adakah kita sedari keadaan yg sama berlaku dlm kehidupan kita seharian? Hidup kita hanya mengutamakan luaran & permukaan. Lalu hiduplah kita tanpa beerti tiada tahu batas persempadanan. Hidup & untuk apa kita hidup bukan lagi satu persoalan yg diberi kepentingan. Rasa kenikmatan hidup bahagianya hidupan dan damai tenteramnya kehidupan hanya mitos dongengan semata2 khayalan.
Justeru itu, ramai di kalangan kita yg telah hidup dlm berantakan hilang punca keseimbangan membawa porak-poranda dibaham arus kesengsaraan keperitan penuh penderitaan walau dunia kini pada kemuncak kemodenan. Maka mengapa kesusahan masih lagi berterusan menyerang modal insan kemanusiaan sedangkan perbandaran & pembangunan bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Dengan itu, jika tak dikenal rasa hidup yg menghidupkan hidupan & seluruh kehidupan mana mungkin nikmatnya boleh memberi kebahagian kedamaian dalam perjuangan yg selayaknya bahwa manusia insan adalah makhluk yg paling sempurna kejadiaannya berbanding seluruh ciptaan tuhan.
Dilebihkan sebahagian dari yg lainnya dgn kelebihan yg berbeza agar kita saling berhubung berkenalan supaya dengan teras perkongsian membawa makmur aman kehidupan bukan saja pada diri bahkan alam sekelian yg saling berkaitan. Rosak punah satu rantaian bawa ranah satu kitaran datang musnah falak edaran perjalanan alam diakhir zaman. Lalu datanglah apa yg dijanjikan tuhan dlm Quran sesungguhnya kiamat adalah hari pembalasan akibat perbuatan manusia merosakan & melakukan kefasadan pada jasad yg diamanahkan, pada bumi yg cukup sempurna seisi ciptaan telah rosak rebah kerana tangan2 insan yg mengaku khalifah mentadbirkannya. Hancur & kematian bumi bawa kejadian kemusnahan seluruh alam & penciptaan.
Nikmat apa lagi yg kamu dustakan Surah Rahman ada menyatakan. 31 kali ianya diulang2 utk manusia memikirkan & datang kefahaman. 78 ayat jumlahnya keseluruhan dan 47 jawapan kenikmatan yg didustakan adalah Surah 47 Muhammad yg telah datang kpd kita membawa cahaya kebenaran dan rahmat tuhan. Dialah pesuruh jalan penyuluh yg menyinarkan kehidupan sehingga diangkat pada syahadat mengaku penyaksiaan bahawa Muhamad Rasulullah saw yg dikasihi sebenar2nya jurusampai kebenaran menjadi tali jambatan perhubungan antara Sang Pencipta dan segenap penciptaan.
Kasihilah Rasul saw yg dikasihi mengangkat akhir kehidupan. Takutilah Allah Yg Maha Esa Maha Berkuasa mengharapkan belas ihsan dan keampunan. Sekadar pesan mengingatkan sesama kita yg saling bersaudaraan. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan barang tersilap tutur kata perkataan. Diri ini tiada apa2 nak diharapkan. Tiada upaya tiada berdaya melainkan kekuasaan tuhan.
Salam Salaman Salamatan

No comments:

Post a Comment