Rasa Kasih Diterima Kembali Sayang Saya Pada Semua
RASAYARASATUHATIANGKATANYATALAHAMBARASAHAYA
Hati hanya bergetar dan tak bersuara. Yg dikatakan suara hati adalah getaran2 dr hati yg sampai pd peti suara dikerongkong kita. Hati mengeluarkan getaran dlm bentuk gelombang/isyarat pd susunan tertentu lalu diterima peti suara dan susunan gelombang/nada mengeluarkan bunyi di peti suara. Proses ini seumpama peti radio yg mana radio itu tak bercakap dari dirinya sendiri melainkan menerima gelombang dari luar mengikut susunan tertentu. Apabila kita melakukan carian stesen kita akan mendengar bunyi yg berselerak tidak teratur yg tidak kita fahami sehingga kita menjumpai bunyi yg tersusun yg kita boleh fahami atau dikatakan suara manusia.
Bunyi /nada yg kita fahami sbg bahasa hanyalah susunan2 bunyi pd skala yg tertentu. Apabila kita bercakap dgn seseorang yg berlainan bangsa yg mana kita tak memahami bahasa individu tersebut maka biasanya kita akan cuba mengagak maksud yg cuba disampaikan atau melalui bahasa isyarat anggota badan. Maka di sini komunikasi antara berlainan bangsa masih boleh berlaku kerana kita memahami rasa hati yg cuba disampaikan mereka.
Contoh lain suatu ketika kita teringatkan ibu/kawan yg berada di tempat yg berlainan dan tak berapa lama kemudiaan tiba2 dia menghubungi kita. Kebiasaan hal ini biasa dialami kalangan kita. Maka bagaimanakah ianya berlaku?
Jelaslah di sini rasa tak terbatas kpd bahasa, ruang, masa, tempat,keadaan dan sebagainya. Rasa merupakan getaran/gelombang hati itu sendiri. Jika hati rasa teringatkan seseorang maka hati bergetar melahirkan gelombang dlm susunan tertentu dan ianya pergi dan diterima oleh kawan yg jauh. Penerimaan gelombang itu membawa reaksi rasa tertentu kpd kawan tersebut lalu yg turut mengeluarkan gelombang dan ianya kembali dihantar kpd kita.
Konsep bunyi/gema apabila ianya bertemu permukaan yg keras maka pantulan bunyi/gema akan berlaku lebih kuat dan sebaliknya pd permukaan yg lembut maka pantulan bunyi/gema akan lebih perlahan. Sama spt apabila kata2(bunyi) kasar spt marah,tuduhan,kejian dll diucapkan kpd seseorang biasanya dia akan memarahi balik dgn dlm bentuk bahasa kata (bunyi) yg lebih kuat jk dia seorang yg berkarekter keras dan bahasa kata yg lebih perlahan/lembut jk dia seorang yg lemah lembut. Sama juga apabila kata2 yg halus dan lembut diucapkan kpd seseorang maka akan dibalas dgn ucapan yg senada juga. Maka gambaran sikap & sifat yg dinyatakan menunjukkan keadaan diri (hati) seseorang. Hati yg keras apabila menerima ucapan yg kasar akan membalasnya dgn kasar juga. Berlainan pula jika hati yg lembut ucapan kasar yg diterima akan dibalas dlm bahasa yg lembut dan perlahan. Hati yg lembut seumpama air yg bersifat sejuk & menyerap. Pepejal spt batu yg keras akan diserap/tenggelam dlm air dan yg ringan spt sabut akan timbul dipermukaan. Kata yg kasar umpama pedang yg tajam menikam hati yg keras menjadi bertambah keras spt batu dan kata yg lembut umpama air yg bisa mencairkan batu yg keras jadi air batu. Maka untunglah air batu timbul boleh dibuat ABC.
Oleh itu, bahasa/kata hanyasanya medium perantaraan perhubungan mewakili getaran2 rasa hati antara dua individu. Mereka yg menghayati & memahami proses getaran rasa boleh mendapat maksud/erti yg tersimpan/tersirat disebalik bahasa/kata/ucapan yg disampaikan seseorang. Lembut tutur kata tak bermakna baik isi tersiratnya umpama cili yg indah merahnya luarannya pedas berapi dalamannya. Kasar percakapan kata tak juga bermakna buruk isi tersiratnya umpama durian berduri tajam kasar yg kurang enak baunya akan tetapi lembut isinya kuning lazat dimakan begitu saja sampai menjilat jari. Lebih makan pula bawa dua-duanya panas pd diri lalu dicari air kelapa muda yg keras luarnya bahkan lembut isinya terkandung air yg nyaman diminum buat menyejukkan diri. Lalu keras & lembut diserta sejuk peribahasa kata perumpamaan dlm berbahasa apabila mendapat budi dan menikmati rasa tatkala diberi orang diterima seadanya buat misalan perbandingan.
Kerna demikianlah lembut dlm halusnya bahasa org lama dahulukala bercakap dlm berkias utk menyampaikan sesuatu hajat rasanya di hati lalu budi mereka dilupakan kini apabila bahasa ditata bye bye kan disimpul mati disilang melintang takut –takutkan maut byk berpantang larang kerna sangka-sangkaan ajal mendatang yg entah diketahui waktu saatnya bila. Hilanglah lembut tiadalah kehalusan lagi yg tinggal lembu diri dikandang rapi agar fulus tali tambatan diri pujaan hati pujangga diri berzulmat kesumat bergendang tari liuk lentuk lemah gemalai telah menguasai diri bawa mampus binasa diri hanyut ditenggelami arus kehidupan moden kononnya duniawi ana yg punya. Dunia bukanlah syurga tanpa dunia dilepasi bolehkah diperolehi syurga idaman setiap insan.
Oleh keras atau lembut hati bergantung kpd sifat2 yg tersimpan dlm hati seseorang. Sifat2 yg mengeraskan/mengotorkan hati yg kita namakan mazmumah spt hasad dengki, marah,tamak haloba dll mempunyai unsur keras, panas, tinggi sama spt unsur & kejadian api yg mana sama dgn unsur kejadian syaitan dan jin. Maka jelaslah sifat2 ini mengeluarkan gelombang sbgmana gelombang jin/syaitan. Manakala sifat2 yg melembutkan/membersihkan hati yg kita namakan/istilahkan mahmudah spt sabar,tenang,tertib,redha dll mengeluarkan gelombang yg sejuk,tersusun,sekata,rendah seumpama unsur air dan kejadiaannya. Manusia yg lahir dari air mani yg bersifat kental,anjal,halus dan sebagainya. Itulah yg dikatakan seketul daging dlm diri kita yg menentukan baik buruknya seseorang adalah hati.
Kejadian unsur alam tanah,api,air,angin & cahaya mempunyai maksud yg teramat luas dan jika difahami akan memberikan kita pelbagai pengetahuan yg berguna. Kejadian manusia itu sendiri dari 5 unsur yg dinyatakan membawa fungsi masing2 dan sewajarnya harus kita pelajari,kenali,rasai,hayati,fahami sehalus mungkin utk kebaikan diri kita sendiri. Disebabkan itu byk firman dlm Qur’an menyebut dan meminta kita melihat kejadian2 unsur ini dan biasanya ayat tersebut diakhiri dgn penyataan mengapakah kamu tidak berfikir. Cthnya proses kejadian hujan & kilat. Setiap satunya memberi pengajaran & pemahaman yg amat penting kpd kita. Hujan(air) yg turun bawa subur bumi dan pengisiannya spt tumbuhan,manusia,haiwan & makhluk2 lain. Manakala kilat yg juga terjadi dari proses air yg bertembung cas positif & negatifnya mewujudkan medan elektromagnet yg mencetuskan api kilat yg biru yg menurut Qur’an menjadi panah merejam membakar syaitan2 di langit. Maka diri kita adalah alam kecil dibandingkan dgn alam besar luaran mempunyai persamaan. Api yg biru digunakan memotong besi. Pada lapisan api warna biru paling bawah dan kuning merah yg teratas. Nyalaan merah walaupun panas tapi tidak dpt memotong besi bahkan mengeluarkan jelaga/karbon yg hitam.
Pd diri manusia berupaya melahirkan kilat/electromagnetic field (EMP) api yg sejuk yg boleh digunakan utk merejam syaitan/sifat mazmumah api yg panas dlm diri. Hati harus cukup sejuk, tenang, sabar dll terlebih dahulu yg mana ianya perlu kpd latihan/perang berterusan spt dikatakan mujahadatun nafsi dlm membuang dan membersihkan dari anasir/sifat2 mazmumah. Bykan minum air yg masam spt limau nipis/kasturi atau jus2 yg masam lain utk menyejukan diri. Tatkala demam lidah tak merasa rasa lain melainkan rasa masam spt asam yg bawa kecur air liur. Masam bersifat neutral yg boleh mengawal suhu/kadar yg terlalu panas dlm diri menjadi normal & yg terlalu sejuk menjadi normal juga. Masin mempunyai unsur panas, kering, cair, tinggi membawa aliran/tekanan darah menjadi tinggi. Manis berunsur sejuk,lembap,pekat,rendah membawa aliran/tekanan darah menjadi rendah. Lalu garam faktor yg bawa penyakit darah tinggi dan gula sebab kpd penyakit kencing manis. Akan punca sebenar adalah kerana kegagalan hati yg memproses darah dan menstabilkan aliran dan tekanannya. Masih juga berkaitan pd lembut atau kerasnya hati. Sebab itu tekanan jiwa atau emosi turut berkait & menyumbang kpd 2 penyakit tersebut.
Pokok pangkalnya tetap pd hati yg menentukan baik atau buruknya kesan pd perbuatan. Hati adalah medium penghubung antara jasmani/jasad dgn rohani seumpama mahkluk pengisian khususnya manusia menjadi khalifah/penjaga amanah antara bumi yg dipijak dibawahnya dan langit yg dijunjung di atasnya. Kerosakan pd bumi dan alam ini bermula pd rosaknya alam mini/kecil iaitu manusia itu sendiri. Sebab yg membawa musabbab akibat dan natijah perbuatan.
Ummat dahulu apabila melakukan kerosakan di muka bumi terus akan dihancurkan oleh Allah swt. Kita yg hari ini beruntung kerana doa Rasul saw yg dikasihi agar ditangguhkan bencana kpd manusia sekalipun kerosakan telah dilakukan. Di sisi Allah kita tiada nilai dan nilai kita adalah kerana Rasul saw yg dikasihi dan mengasihi ummatnya yg di akhir zaman. Selamatnya kita dari bala bencana Allah bukanlah kerana amal baik kita melainkan kerana kasihnya Allah kpd kekasihnya Rasalallah saw yg dikasihi. Tiada kita mengenali Maha Pencipta melainkan jambatannya melalui kekasihNya Rasalallah saw yg dikasihi. Selayaknya baginda bergelar Muhammad Rasulullah. Jgn bicara tentang cinta akan Allah Azza Wajalla tanpa kita mengasihi dan merasai kasih kpd Rasul saw yg dikasihi terlebih dahulu.
Titik perhubungan antara makhluk dan Khaliq hanyasanya Akhlak yg karim sempurna yakni Rasul saw yg dikasihi. Yg menentukan tinggi atau rendahnya bkn ukuran ilmu di dada dan pengetahuan yg melangit bahkan akhlak sebagaimana Rasul saw yg dikasihi. Tempoh masa 40 tahun diambil Rasul saw yg dikasihi utk belajar berakhlak sehingga dikenali ramai seorang yg terpuji, beramanah berperipekerti luhur berperibadi mulia sampai waktu berilmu diangkat menjadi Rasul saw.
Maka hebat atau hina dipandang mata adalah perilaku diri yg halus budinya yg tulus hatinya dalam berbahasa kata berurusan dlm segala hal. Ilmu sekalipun 7 lautan yg luas dan tintanya pengetahuan sehabis pokok2 di muka bumi tiada gunanya pena yg menyuratkannya jk ianya tumpul tiada diasah keras bulunya tidak menampung dakwat yakni hati tempat surat yg tersirat melainkan ianya subur dgn akhlak memancarkan cahaya qalbu sanubari nurani yg cemerlang gemilang dan terbilang. Rasalah getaran isinya kalam2 kekuasaan dari tuhanmu yg telah sampai kpd rasul kamu pd hati kamu agar ianya berupaya melahirkan cahaya birru yakni kebaikan lalu keluar umpama cahaya yg bergemerlapan pd malamnya umpama bintang sbg pedoman dan bersinar memancar terang sirnanya umpama matahari di siangnya yg bawa makmur seluruh kehidupan buana ini.
Selawat dan salam utk junjungan baginda Rasul saw yg dikasihi. Telah sampai demi masa pesan2 amanah dalam kesabaran dan milik Allah Yg Maha Esa Maha Berkuasa dan RasulNya saw yg dikasihi akan kebenaran yg sebenar-benarnya kebenaran yg dicari diminta ditanya2 manusia. Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah swt dan RasulNya saw tuhan sekelian alam dan cahaya nur alam. Maha Agung Allah Empunya segala Kebesaran dan Kemulian. Tiada daya tiada upaya melainkan kekuasaan Allah Yg Maha Esa tiada tuhan selainNya tiada sekutu bagiNya. Maha Berkuasa Allah yg menguasai hari pembalasan. Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan segenap seisi sekelian alam. Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya ianya dari Sulaiman dan sesungguhnya ia Bismillahirrahmanirrahimi.
Bermula perjalanan jalan pulang kembali,
Kembalinya pulang jalan perjalanan yg lurus mereka yg awalnya dulu lagi,
Yg lurus awalnya jalan begitulah lurusnya akhirnya jalan di zaman akhir ini,
Lurus yg tulusnya hati patuh taat menturuti,
Menturuti jalan nikmat perjalanan hamba-hamba yg abdi abadi,
Sebagaimana jalan hambaMu Ibrahim yg awwali,
Dan jalan hambaMu Muhamad yg akhiri,
Selawat dan Keberkatan keduanya jalan hidup tahyatul akhiri,
Salamun qaulan mirrabbi rahimi,
Salam Salaman Salamati,
Salam disambut Salam Kasih diterima kembali Kasih Rasul saw yg dikasihi.
No comments:
Post a Comment