Pages

Wednesday, August 10, 2011

Salam Bermula Perjalanan Kembali

Untuk hati yg mencari peribadi diri
Bermulalah langkah berjalan bertatih meniti
Bermulalah saat waktu hari ini
Jalan menuju hamba yg abadi
Yg mengasihi Rasul saw yg dikasihi
Yg Takutkan Maha Esa Maha Merahmati
Bermula bukakanlah dada melapangkan hati
Biar tenang datang menyelubungi
Tatkala malam sejuk disulbi dinihari
Sehingga munculnya sang suria pagi
Rasailah rasa yg menyerap pd rohani
Akan rahmat yg terisi
Bunyi alam bertasbih memuji
Akan mereka yg dikota janji
Datang angin nyaman menyejukkan qalbi
Lahirlah sinar di sanubari bak pelangi
Kalam kalimah beralun frekuensi
Diselangi selawat memuji yg terpuji
Hiduplah hati yg menghayati
Seiring bergerak bersilih ganti
Tetap pd falak tiada menyalahi walau seinci
Turun hujan menyirami
Lalu hidup subur bumi
Jasad yg umpama bumi
Gersang tandus jika tak diairi dialiri
Dgn budi pekerti akhlak peribadi
Bak padi yg tunduk bila berisi
Itulah adat adab beresmi
Bagai paduka berteman permaisuri
Saling berpasangan sehidup semati
Silaturrahim sama melengkapi
Bila berkata enggan dimungkiri
Berlemah lembut bertempat diadili
Setiap saat adalah diberkati
Yg mahu bangun berdiri pd diri
Yg mahu hidup seribu tahun lagi
Yg sentiasa hidup tiada mati
Yg bebas bagaikan besi berani
Ditolak ditarik tiada pergi
Lalu hidup di antara dua tepi
Seakan satu yg tak terpisah lagi
Itulah apabila memiliki
Kata2 hanya alunan susunan bunyi
Lahirnya dari getaran hati
Inna solati yg dizahiri
Imamnya nusuki yg tersembunyi
Mahyaya rasa yg diselami
Wamamati perpisahan jasad yg dikembali
Bila hayat tiada dikandung lagi
Hayat bersambung tempat luar pengetahuan diri
Itulah yg dikata tatkala ajal maut menjengah mari
Bait2 puisi perumpamaan ini
Harus dibaca menyelami menghalusi ke isi
Insya’Allah difahami hakikat maksud erti
Akan sebab kata disimpul diperi
Lillahi rabbi alami
Dilebihkan sebahagian yg wajar dikongsi
Sambil belajar berbahasa berbudi
Merasa bila ada yg memberi
Terima kasih kembali diungkapi
Kasih Rasul saw yg dikasihi tiada bertepi
Menyampaikan pesan yg telah dijanji
Utk mereka yg masih mencari tercari-cari
Akan jalan lurus kembali
Pasti menemui yg dihajati
Diucapkan Salam selamat saudara yg disayangi
Salam terima Kasih Rasul saw yg dikasihi
Salam Bermula Perjalanan Kembali

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Bermula jalan pd sabar
Datanglah tenang bertempat hati
Tanah emas pertemuan saudagar
Menuruti jalan mereka yg dirahmati

No comments:

Post a Comment