Pages

Sunday, August 28, 2011

Kehidupan Yg Akan Datang


Dewasa ini manusia telah mencapai kemuncak peradaban dan pemodenan dalam kehidupan samada dari segi ekonomi, sosio-ekonomi, politik, teknologi dan apa2 sahaja aspek kehidupan hari ini. Dengan ilmu pengetahuan yg ada manusia telah berjaya mengambil manfaat yg pelbagai guna dan diterjemahkan menjadi satu sistem kehidupan yg berteraskan keuntungan semata-mata.

Persoalan adakah pencapaian manusia hari ini akan berterusan untuk suatu tempoh yg lebih panjang pada masa akan datang? Hal ini kerana pada masa ini pelbagai masalah berkaitan ketidakseimbangan bumi melanda manusia hari ini. Ianya termasuklah fenomena pemanasan global, keadaan cuaca yg tidak menentu yg mencetuskan masalah banjir, kemarau, tanah runtuh, tsunami, ribut taufan, tanah runtuh, letusan gunung berapi dan sebagainya. Selain itu ianya dibebankan lagi dgn masalah kejatuhan ekonomi, ketidakstabilan politik yg melibatkan banyak buah negara, yg dilihat semakin meruncing dan tidak menampakkan tanda2 perubahan yg lebih baik.

Tambahan lagi, fenomena ini yg bersangkut-paut dgn sistem ekologi bumi telah menyebabkan aspek pertanian, perladangan, perikanan dan yg berkait makanan menurun pengeluarannya yg mana mengakibatkan masalah makin berkurangan sumber makanan dan bertambah masalah kebuluran dan kemiskinan kepada manusia di seluruh dunia.

Oleh yg demikian, kejadian2 yg berlaku ini adakah memberi kesan kpd kita atau kita hanya memandangnya sepintas lalu? Percaya atau tidak kewujudan masalah2 sebegini sebenarnya berpunca dari diri manusia yg terlalu mengejarkan pembangunan dan pemodenan sehingga mengabaikan keutuhan dan keberkekalan muka bumi yg menjadi tempat tinggal dan hidup kita manusia itu sendiri.

Kerosakan bumi hari ini adalah tidak dapat dikawal lagi dan bumi menuju pengakhiran hayatnya akibat dari perbuatan dan pekerjaan tangan manusia. Dulunya manusia diajar untuk hidup dgn alam dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memakmurkan bumi dengan sebaik-baiknya. Alam ciptaan Yg Maha Mencipta adalah dalam satu sistem yg tersusun dan saling berkait antara satu sama lain. Jika salah satunya pincang perjalanannya akan turut memberi kesan pada yg lainnya.

Ramai dari kita yg menanti kedatangan satu sistem pemerintahan yg akan menyelamat ummat dan membawa kembali manusia menuruti cara hidup berlandaskan agama sepertimana yg disampaikan Rasul saw. Kemusykilannnya ialah jika bumi yg menjadi tempat manusia hidup telah rosak dan masalah ketiadaan sumber makanan terjadi, maka bagaimana sesuatu pemerintahan dapat wujud dan berjalan dgn baik? Jika tanah untuk diduduki makin berkurangan dan makanan untuk meneruskan hidup sukar diperolehi, lalu bolehkah wujud satu sistem pemerintahan?

Sejarah telah menunjukkan sesuatu kerajaan bermula dgn pengukuhan perkara asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal, modal insan yg mana menjamin kestabilan ekonomi, sosio-ekonomi dan politik sesebuah kerajaan.Kemudiannya barulah ianya berkembang melalui peluasan empayar/wilayah dan penguasaan ekonomi berteraskan satu struktur pemerintahan yg kukuh.

No comments:

Post a Comment