Perdebatan, perbahasan, hujjah, peperangan hanya beza peristilahan bahasa yg menggambarkan pertembungan,pertemuan antara 2 atau lebih elemen,unsur atau sesuatu yg sama atau berlainan. Setiap saat ianya berlaku dlm pelbagai bentuk dan kejadian yg mana merupakan gambaran hakikat sebenar kehidupan kita hari ini.
Percaya atau tidak kita sebenarnya sentiasa dlm peperangan yg maha hebat terjadi dlm diri setiap kita. Peperangan dan pertembungan terhasil antara diri kita (hati) dan dua pihak yg lain iaitu emosi & perasaan. Dalam kata lain sepertimana yg digambarkan sebagai mujahadah nafsu/diri. Emosi akan membawa kepada sifat2 spt sedih,riang,sepi,marah dan sebagainya. Manakala perasaan membawa kpd sifat2 spt tahu,bangga,sombong, riak,hasad,memilih2 dan lain2. Sifat2 emosi dan perasaan membawa kesan was2 dlm diri sptmana disebut dlm Surah An-Nas. Dan hati pula harus diletak pd sabar,tenang,tunduk,taat,turut dan sebagainya. Keadaan beginilah yg kita tempuh dan alami dalam mencari utk mengenali,memerhati,menghayati diri yg mana akan datang kemudiannya hakikat maksud erti diri untuk menemui kefahaman diri yg berdiri pd diri. Juga disebut sampai kpd peribadi laku diri peri pekerti akhlak jadinya diri.
Proses membentuk dan membuang sifat2 yg tidak baik dari emosi & perasaan lalu kemudiannya diletakkan pd tempatnya. Harus diteliti keadaan yg berlaku dlm diri adalah dlm bentuk angin atau entiti yg kita tak nampak akan tetapi boleh dirasai. Sesungguhnya syaitan bergerak dlm aliran darah manusia. Satu pernyataan yg menimbulkan pertanyaan kpd kita jika syaitan bergerak dlm darah maka apakah jenis bentuk syaitan ini. Lalu jika diteliti angin nafas yg kita sedut dihantar ke paru2 yg kemudiannya bercampur dgn darah pd jantung dan seterusnya dipam ke seluruh anggota badan melalui salur & urat2 darah.
Oleh itu, bukanlah sesuatu yg asing sebenarnya apabila berlaku satu perdebatan atau bahasa yg seumpama dgnya dlm sesuatu forum atau komuniti yg mana kita melihat & cuba utk tidak menerima dgn rela apabila ia terjadi di depan mata. Anggapan pd kita seolah2 ianya satu keburukan yg cuba dielakkan dan dijauhi sejauh mungkin. Padahal sedar atau tidak kita melihat perdebatan tersebut pada peringkat/tahap yg lebih besar yg mana sebenar-benarnya perkara sedemikian telah berlaku setiap saat,masa & waktu dlm diri masing2. Hal ini terjadi kerana kebiasaannya kita hidup dlm skala peperangan yg halus & kecil yakni yg berlaku dlm diri dan apabila kita menempuh atau bertemu skala peperangan yg lebih besar spt dlm forum maka datang satu kejutan kpd diri yg mana diri cuba menolak melalui timbulnya reaksi dgn cuba mengelakkan dari turut serta dlm pertembungan/perdebatan tersebut. Pengetahuan/memori pd otak menerima sesuatu menerusi apa yg biasanya kita lihat,dengar,rasa melalui pancaindera yg mana diterima secara berulang2 dan berterusan. Apabila datang sesuatu yg jarang didengar atau dilihat atau tak pernah didengar, proses carian akan berlaku dlm memori pengetahuan dan jika tak dijumpai satu reaksi utk menolak perkara tersebut akan terjadi. Manakala jika carian dijumpai akan tetapi pd kadar yg kurang ulangannya maka datang reaksi ragu2 pd diri dlm kata mudah pernyataan spt boleh percaya atau tak benda ni dan sebagainya.
Sebagai contoh apabila kita hendak menaip sesuatu dtglah pilihan kpd kita utk memilih perkataan2 yg sesuai atau terbaik atau pun menepati dgn keadaan & tempat di mana kata tersebut hendak diletakkan. Maka berlakulah peperangan utk memilih kata-kata yg sesuai dari memori pengetahuan yg ada. Proses ini berlaku dlm suatu jangka masa yg tersangat pantas jk dibandingkn dgn perbuatan nyata. Dan setiap niat utk berbuat sesuatu yg akan diikuti peperangan/perdebatan sehingga pihak yg paling dominan atau majoriti memenangi dlm proses ini. Kata atau lintasan hati selalunya kalah apabila melawan permainan perasaan. Kenapa dan bagaimana hal ini biasa berlaku? Unsur hati adalah berasaskan air dan mengeluarkan getaran/gelombang elektrik yg sejuk. Unsur perasaan yg lahir dari otak kanan dan kiri pula berasaskan api dan mengeluarkan getaran/gelombang api elektrik yg panas. Jika salah satu unsur lebih menguasai antara satu sama lain maka ianyalah yg menguasai majoriti pilihan yg berlaku.
Kata perumpamaan melihat kuman di seberang lautan sampai kita lupa gajah di depan mata. Mengapa tidak baik dilapah saja gajah di depan mata daripada dicari sesuatu yg halus yg tak mampu kita capai atau lihat mahupun di luar pengetahuan kita. Jasad merupakan ciptaan Maha Pencipta yg paling terbaik yg mana menjadi amanah utk kita jaga sebaik mungkin. Apa yg ada pd jasad/jasmani adalah seumpama apa yg ada pd bumi/tanah dan kejadiannya. Rohani pula seumpama langit yg luas dan halus kejadiannya yg tak kita ketahui. Lalu pengisian/manusia/makhluk lainnya hidup diantara langit dan bumi. Demikian perbandingan pd kita(hati) yg menjadi penghubung antara jasad/jasmani dan rohani.
Jika diperhalusi alam luaran hujan adalah rahmat yg turun dari langit membasahi bumi lalu bumi menjadi subur dan hidup hidupan yg lain di muka bumi. Dan bumi akan tandus kering kontang bila tiada hujan turun menyiraminya. Itulah gambaran pd kita bahwa cahaya rahmat Allah dipancarkan pd rohani lalu diserap pd hati seterusnya dizahirkan/dinyatakan pd perbuatan jasad. Bergantung kpd bagaimana keadaan hati dan kemampuannya utk menyerap cahaya rahmat Allah lalu lahir darinya amal2 perbuatan yg baik membawa sejahtera kehidupan seluruhnya. Hati yg diselaputi dan dikuasai dgn sifat2 emosi & perasaan yg melampau & melebihi apa yg sepatutnya akan menelan semua cahaya rahmat Allah. Setiap perbuatan bermula dgn niat yg terdetik di hati. Maka perbuatan hanyalah gambaran pd bentuk duduk hati(diri) dan hanya Allah Yg Esa Maha Mengetahui akan hakikat sebenar sesuatu perbuatan yg terjadi.
Sekadar perkongsian dlm perjalanan mencari kota hati Shangri-la, kota-kota kedamaian idaman setiap insan. Penyampaian bahasa adalah terbatas dan terikat dgn istilah yg pelbagai sekalipun maksudnya berkisar perihal benda yg sama. Terpulang kpd pilihan individu utk menerima atau menolak mengikut cita rasa sukma masing2.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Silap dan salah mohon dikongsikan
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati
No comments:
Post a Comment