Pages

Thursday, August 18, 2011

Manna wa Salwa


Seawal usia kecilnya kita
Sebermula lahir tiba di dunia
Hingga mencecah 7 tahun usia
Proses mengenal akan rasa
Saat itu akal/otak belum berjela
Kehendak & pengetahuan makalah tiada
Hidup hanya menikmati rasa
Mengenal menghayati memahami rasa
Tubuh yg mungil lembut bak sutera
Jatuh bangun tiada apa2
Gelak tangis diselangi tawa
Lagak hamba yg merdeka
Bebas sebebasnya terikatnya tiada
Apa perlu difikir pasal dunia
Yg penting makan ada
Pakaian dipakaikan semua tersedia
Mahukan sesuatu keluarkan suara saja
Menggelabah sang dewasa datang menerpa
Kerna perintah sampai pdnya
Si kecil melepas boleh tahan baunya
Penangan rasa makanan aneka
Lalu ibu bapa menjadi mangsa
Tukang cuci sisa buangan sang raja
Sang kecil raja yg lain hamba
Berkuasanya dia tak padan dgn rupa
Kecil tapi berbisa
Lantang bersuara umpama dunia miliknya
Enak diperlakukan apa2 saja
Mainan dicampak sepuasnya
Hasil usaha kilang2 ternama
Padanya hanya mainan semata
Dipegang disentuh dirasa
Tatkala puas tidur seenaknya
Pada kita membayarnya dgn harga
Membanting tulang demi upah kerja
Sampaikan kerja dilipatganda lebih masa
Buat sang kecil yg disara
Pada dia peduli apa tentang kerja si bapa
Dunia padanya mainan semata
Yg penting menikmati rasa
Tentang hidup tahunya tiada
Rasa ikut suka
Lalu perhatikan cara mereka belajar pula
Tiada kenal manis itu gula
Tiada tahu melihat itu mata
Dan sebagainya
Lalu bagaimana mereka belajar agaknya
Berbanding kita yg dewasa
Telah terisi pengetahuan di dada
Tahu membeza2 kacamata atau permata
Si kecil tiada pandai berdusta
Senyum tampil tak bermuka2
Tertambat hati dilihat sesiapa
Tangisan mereka meruntum jiwa
Boleh menggelegak darah muda
Ibu bapa mana membiarkan anak menangis sebegitu rupa
Milik si kecil panah arjuna
Tangkas bermain melompat sini sana
Tidak kenal takut itu apa
Berlainan pula dgn kita
Takut macam2 byk pula sangka2
Beraninya mereka dlm bicara
Penat lelah diguna sehabis tenaga
Tidur & rehat sepicing pun tetap cukup kurangnya tiada
Bila bertanya ikhlas seadanya
Soalan2nya pula kdg pening sang dewasa menjawabnya
Inilah yg dikatakan hamba bawah jagaan Taala
Berlaku melalui kekuasaanNya
Lalu jelaslah pd kita
Kita adalah si kecil awalnya
Yg hidup penuh rasa menikmati rasa
Dan kita lupa
Kerna cuai lalai dan alpa
Terpesona dgn indahnya dunia
Hidup utk mengejar dunia
Memiliki seluruh apa yg ada
Diperah keringat sehabis usia
Dunia ini ana yg punya
Segalanya berubah sehasta demi sehasta
Bila usia menjangkau dewasa
Rasa mula pudar warnanya
Diganti perasaan yg pelbagai perisa
Kehidupan dilalui bertukar rupa
Hidup dgn tahu yg ada
Seolah2 tahu sesuatu tu bagaimana
Dtg khabar satu berita
Sudah tahu jantan betina
Ditambah pula emosi serbuk perasa
Dan perasaan merambang mata
Apabila bercampur duanya
Hati menjadi buta
Rasa hilang entah ke mana
Lalu diri mendapat kesannya
Diri menjadi gundah gulana
Yg difikir hidup harus kerja
Duit menjadi matlamat mengumpul harta
Padahal kertas semata nilainya tiada
Satu mata memang pandai bersilap mata
Pendekar mata satu pendek kata
Dlm diam kita terjual secara percuma
Awal2 sudah terkena
Lalu hidup bahagianya di mana
Kesusahan diikuti sengsara
Lalu menganggap ujian semata
Agar iman meningkat skala
Ada pula masih suka
Melafaz syukur atas susahnya hidup mereka
Syukur apabila telah menikmati segalanya
Pasti pura2 semata
Hidup yg lurus beginikah jalannya
Beginikah hidup Rasul saw & sahabat awalnya
Dan inikah cara hidup Rasul saw yg sampai pd kita
Jika rasa tiada pd kita
Sebagaimana si kecil yg merdeka
Usah bicara pasal imu berkepuk di dada
Hidup nikmatnya pd rasa
Rasa,perasaan & emosi harus di beza
Sama seakan serupa
Belum tentu senada isinya
Maka kejadian si kecil sbg tanda kpd kita
Perhatikannya dgn penuh makna
Agar tatkala sampai lanjut usia
Kembali kita spt kecilnya mereka
Nyanyuk yg tiada tatasusila
Atau bawa bersama kehidupan asam garam penuh rasa
Berpekerti mulia kenal budi mana bahasa
Tidak menjadi benci manusia
Dek kencing berak merata-rata
Maka yg menentunya hidup kita
Hujung usia demikiannya bagaimana
Insan yg kenal rasa awal kecilnya mula
Dan faham rasa sebenar2nya rasa dilewat usianya
Setiap kejadian bawa maknakah pada kita
Atau sekadar dipandang sebelah mata
Tak dipeduli anggap biasa saja
Setiap suatu tak terjadi begitu saja
Ianya pedoman & iktibar utk kita
Klu hanya mengikut dlm tulinya buta
Yg buruk atau baik tetap kita yg kena
Jgn disalahkan sesiapa
Atas bodoh cuai lalainya kita
Salahkan diri yg melihat tp buta
Salahkan diri yg mendengar tp pekak rupanya
Salahkan diri yg merasa tp hati mati dh lama
Lalu kita binatang ternak diumpama kata
Bahkan lebih teruk seteruknya
Mengaku diri hamba tiada daya tiada upaya
Tp berbangga dlm hinanya
Yg sombong takbur mulia amalan kita
Maka kebersihan hatikah jika begitu lagaknya
Yg bersih perlu ditukar kata
Jagalah kekotoran hati kita
Jgn terus melekat sifatnya
Yg keruh berterusan keruh sentiasa
Jika yg jernih tak diambil guna
Pilihlah yg mana suka
Cita rasa masing2 berbeza
Buruk rupa dipandang elok di mata
Kerana rasa hati melihat akan isinya
Peribadi yg luhur akhlak yg mulia
Mula hari ini itulah selogan kita
Lahir dari hati yg lembut halus dirasa
Lelaki jadi Yusuf seumpama
Zulaikha jdlah pedoman pd wanita
Agar terjaga keduanya
Rasul saw yg dikasihi itulah yg terbaik buat kita
Kasihinya bawa jalan lurus yg sebenarnya
Jambatan penghubung man rabbuka
Takut akan Yg Maha Esa
Mengharap belas ehsan rahmatNya
Hidupnya kita hari ini kerana Rasul saw berdoa
Agar diselamatkan dari bala bencana murka Azza waJalla
Tapi apa gunanya jika baginda bagaikan tiada pada kita
Fikirkan sedalam mungkin apa maksudnya
Ikan di laut asam di darat bertemu jua
Dlm kuali sedap di masak 3 rasa
Tanah daratan itulah bumi asalnya jasmani kita
Lautan yg luas umpama langit itulah rohani membawa rasa
Kuwali maksudnya hati diri kita penjaga perantara penghubung atas dan bawahnya
Masam masin manis gambaran kejadian masing2 yg berbeza
Lalu kita ketua yg mentadbir semuanya
Baik si ketua bawa segerak seiring sejalan yg lurus semuanya
Buruk si ketua bawa gegar gegak gempita seluruhnya
Akhlak yg membezakan siapa Khaliq dan siapa makhluk
Bawa rasa sedar siapa diri kita sebenarnya
Hamba tetap hamba selayak sifatnya sebagaimana hamba
Sifat2 hamba bagaimana ya?
Mula2 duduk sila
Lalu sila-silakan dengan rasa maka
Perhatikan diri sendiri tengok dgn teliti ada atau tiada
Selam Selami Selamilah hati anda
Dari mana datangnya rasa
Dari hati naik ke mata
Lahirlah rasa hamba sahaya 
Hamba sahaya pacal yg dihina
Pacal dihina dirinya yg hina dina
Hina dina panca delima
Panca delima panca indra
Panca indra 5 laksamana
5 laksamana rasa manna
Rasa manna sarira salwa
Sarirasalwa marwarda muqaddasitwa
Wa ya ayyatuhannafsul mutmainna
Irji’e ila rabbika diyatan mardiyya
Wadkhuli fii ibadi wadkhuli jannati tahtihal anharr khalidina fiiha abada
Radiallahu anhum waraduanh zaalika liman khasiya rabba


No comments:

Post a Comment