Pages

Thursday, August 25, 2011

TANDA HANYALAH TANDA SEHINGGA KITA MEMAHAMINYA

Mengapa aku mengangkat/mengakui Shahadah? Mengapa Aku bersolat/menyembah? Mengapa aku berpuasa? Mengapa aku Mengeluarkan zakat/ jika cukup kemampuan aku? Mengapa aku harus menunaikan haji/ jika ada kemampuan diri? Mengapa rukunnya 5?

SOALAN HANYALAH SOALAN DAN KEKAL SEBAGAI SOALAN JIKA TIDAK DICARI JAWAPANNYA? MAKA MULAKANLAH MENCARI JAWAPANNYA INSYA’ALLAH PASTI MENEMUI APA YG DICARI...BAGAIMANA NAK BERMULA?

"Kiranya mereka bertanya bagaimana mahu bermula, katakan pada mereka bermulalah dengan mengenali tanda & kejadian diri dari mana asalnya mereka dan darah siapa yang dibawa mereka dan selebihnya adalah urusan Allah Yg Maha Esa Maha Menunjukkan jawapan kepada apa yg dicari”

TANDA HANYALAH TANDA SEHINGGA KITA MEMAHAMI TANDA, KEJADIAN HANYALAH KEJADIAN SEHINGGA KITA MENGERTI MAKSUD KEJADIAN.

Darah yang bertaut membawa seri lantas memberikan peri pada diri lalu berdiri, atas seri memancar peri, membawa diri berdiri teguh diatas bumi.

Berperi diri diatas seri membawa diri kenali diri, darah mengalir berasing2 disambung ditaut menjadi bertali, bangun satu bangulah semua kerana semuanya telah ditandai.

Diseru tidak menyeru pun tidak bangunlah yang bertali bertaut kembali lalu diangkat Yang Maha Mengangkat menarik kembali apa yang bertaut.

Kalam diangkat kalimah dijunjung,
Adat berdiri Melayu sejati,
Kelam kalam hilang kalimah,
Mati adat matilah diri,

Kalimah dijunjung menantang maksud,
Adat Melayu bila berdiri,
Berdiri diri membawa maksud,
Dijunjung "Mim" pada diri.

Bila diri berdiri menjunjung Kalam yang bermaksud maka berdirilah diri dengan membawa maksud/tujuan maka akan jelaslah arah jalan dan tujuan.

Tarikat dan Syariat seumpama kaki kiri dan kanan janganlah kita berjalan hanya dengan satu kaki untuk berjalan kita memerlukan 2 yang saling seiring mengimbangi agar kita tidak tersungkur.  Bergitu juga Tasawuf dan Hakikat seumpama tangan kanan dan kiri kita juga harus seiring, bila kaki dan tangan telah seiring maka akan datanglah badan dan kepala (makrifat).

Bermula solat dengan niatnya (Tarikat) melaksana solat mengikut tertibnya (Syariat) menyerah rohaninya (Tasawuf) untuk memahami akan maksud penyerahan secara jasmaninya (Hakikat) sebelum sujud menyembah Allah Yang Esa (Makrifat).

Tidak Allah Yang Esa jadikan kita hanyalah semata2 untuk menyembah Allah Yang Maha Berkuasa.

Bermula kehidupan/perkerjaan dengan niatnya (Tarikat) Melaksana kehidupan/tanggungjawab mengikut hukum/perintah (Syariat) Penyerahan rohani sebelum/semasa/selepas melaksana kehidupan/tanggungjawab (Tasawwuf) Memahami secara jasmaninya kehidupan/tanggungjawab yang dilaksanakan (Hakikat) Dan seterusnya penyerahan menyembah kehidupan/tanggungjawab yang diperintahkan (Makrifat)

Mengapa bermula 2, 4, 4, 3 dan 4 = 17 rakaat pada 5 waktu, 1 diawal siang 1 condong sedikit dari tegak mataharinya, 1 condong hampir pada tengelamnya 1 diwaktu tenggelamnya dan 1 pada awal malamnya? Mengapa bergini adakah rahsia yang disembunyi? Adakah ia bermaksud? Adakah aku faham akan maksud yang aku lakukan? Perlukah aku tahu apa yang aku kerjakan? Mengapa aku perlu tahu apa yang aku kerjakan kiranya aku laksanakan perintah2 ini tanpa mahu peduli akan maksudnya? Apakah ianya melaksanakan apa yang diperintahkan?

Kita yang biasa hidup seharian begini dan berangan-angan memikirkan apa yg akan dibuat nanti, diperoleh kemudiannya, bagaimana keadaan akan datang, begitu begini bermacam2 buah fikiran keluar bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sedangkan hujan belum turun lagi baru mendengar guruh di langit air di tempayan dah dicurahkan kononnya nak diisi dgn air hujan yg entahkan turun entahkan tidak.

Jikalau demikian dari kita menafsir kuman perkara akan datang yg tak tahu bagaimana yang kelam diseberang lebih baik kita melapah gajah soalan-soalan tentang perbuatan dlm hidup seharian didepan mata.

Gajah tetap ada menghalang disebalik mata kerana sudah menjadi kebiasaan ianya diterima sebagai sebahagian dari diri . "Lapahlah gajah yang menghalang kamu dari melihat kejadian yg tak tahu bermaksud agar kamu mengerti apa yang kamu lalui sekarang dan akan lalui kemudiannya".

Hampir semua orang memang duk meneropong kuman seberang laut, memang guna zoom baik punya sampaikan gajah depan mata hilang dari pandangan. Sememangnya effect dari lensa kamera amat berkesan sekali tak dapat disangkalkan lagi. Dah ditunjukkan kat dunia ini tapi berapa ramai yg nak ambilnya sebagai iktibar/pengajaran? Kita terlalu sangat nak capai makrifat, terlalu sangat nak tengok keadaan Allah bila firman berbunyi duduknya di atas arasy, tangan Allah mengatasi/di atas tangan mereka, juga terlalu sangat nak jadi kekasih Allah, terlalu sangat nak mengubah dunia menjadi elok, dan nak capai macam2 benda yg terlalu jauh hingga kita terlupa ada 'gajah' yg jadi penghalang kpd semua itu. Apakah ‘gajah’ tersebut?

'Gajah' yg paling besar adalah was-was diri. Gajah inilah yg paling kuat menghalang pandangan mata hati dari mendapat apa yg sebenarnya patut kita dapat. Pelbagai tanda & kejadian, pelbagai amaran & peringatan ditunjukkan tapi tetap masih kita tak faham2. Lalu disarankan kpd kita utk tengok ke langit sebab di situ berbagai-bagai tanda yg telah ditunjukkan, akan tetapi dek kerana adanya gajah ini, tanda2 yg terbit di langit hanya sekadar pandangan kosong semata tidak bererti tiada bermakna kepada kita. Oleh itu, jadilah kita bodoh yg buta dalam pandai melihatnya kita

'Gajah' yg kedua besar sedang menghalang pandangan mata adalah 'pengetahuan' diri. Sehinggakan kita 'terlupa' kpd Yang Maha Mengetahui. Maka dgn 'gajah' kedua inilah kita akhirnya menolak apa saja yg tidak selari/selaras/sama dgn 'gajah' pengetahuan yg kita sedang bela sekarang. lalu jadilah kita golongan yg sekadar mengikut tanpa tahu apa yg diikut. 'Gajah' ini juga yg membuatkan kita cuai dan lalai dgn usaha kita, sehingga jauh di dasar hati ada terasa bahawa dgn usaha kita yg bersungguh2lah yg membuatkan kita dapat apa yg kita hajati. Oleh itu jadilah kita cuai dalam merasa & lalai dalam mendengar sbb 'terlupa' kpd Yang Maha Memberi lagi Maha Mengurus/Mengatur pemberian, urusan dan aturanNya.

Kedua2 gajah membawa kita terbuai dgn tunggangan bodoh, cuai & lalainya kita dan membebani kita dlm kehidupan seharian.

"Lihatlah gajah dan janganlah kamu menjadi sepertinya, biarpun besar dan kuat jasadnya ia takut bila tiba malamnya".

Kita yang dipinjamkan jasad yang sempurna ciptaan Allah Yang Esa dibekalkan dengan kitab2 yang telah sempurna dan Rasul saw telah menyampaikan dan melangkapkannya. Kiranya gajah sedar akan dirinya yang besar dan kuat mungkin gajah tidak akan takut pada gelap malam harinya.





No comments:

Post a Comment