Pages

Sunday, August 21, 2011

Dilebihkan Sbahagian Dari Sebahagian Yg Lain

Dilebihkan Sebahagian Dari Sebahagian Yg Lain
Belajar berkongsi rasa nikmat yg pelbagai rupa yg telah diberikan antara kita. Masing2 dilebihkurangkan dgn kebaikan yg berbeza dan dikuranglebihkan dgn keburukan yg berlainan. Kita melihat apa yg ada pd yg lain dan tiada pd kita. Sebaliknya yg lain melihat apa yg ada pd kita dan tiada pd mereka. Lalu kita kejar-mengejar utk mendapatkan apa yg tiada dan lupa menikmati sebaik2nya apa yg telah ada pd kita.
Kita mencari & menanti sesuatu yg jauh dan kita tak tahu bagaimana keadaan bentuknya sedangkan yg dekat kita biarkan terbiar tanpa dibajasuburkannya. Yg dipentingkan permukaannya terjaga elok tiada calar yg cacat cela dan dalamannya tenggelam hanyut dibawa arus deras tak dipedulikan. Lalu jadilah kerakusan kera diberi susu tarahbotakan hutan bawa hancur rosak musnahnya tadahan hujan manakala anak diri sendiri mati kehausan kelaparan dek kerana tercemarnya air sumber minuman kegunaan seharian dlm kehidupan.
Yang dikejar tak dapat nak tangkap muatan telah terlebih bebanan maka yg dikendong terlepas tali ikatannya jatuh bertaburan bawa rugi diri sendiri semuanya nak tuding menuding jari saling salah menyalahkan siapa empunya perkara hal ini jadi begini. Maka sesal dahulu pendapatan lumayan sesal kemudian tak berguna lagi apabila hilang punca mata pencarian riuh rendah satu kampung kerana telur tembelang ayamnya telah pecah bawa busuk terpalit ke muka tembok buatan sendiri.
Salam Salaman Salamati

No comments:

Post a Comment