Roda kehidupan masa
Bersilih-ganti mengikut masa
Sampai masa pada masa
Tibanya tiada diduga
Bawa isi tenaga kuasa
Bergerak maya & nyata
Bawa panca & indera
Lalu terbuka mengikut tanda
Kejadian berulang semula
Zaman yg hilang kembali pula
Bersama kota2 & raja2
Yg terpendam sekian lama
Kembali mengambil muka
Bawa bersama bala tentera
Yg tiada terlihat mata
Menguasai dunia seisi maya
Lalu bergegar gegak gempita
Disambut guruh gemuruh nada
Datang geruh pada manusia
Tiada terlawan luar biasa
Gegarlah alam bawa binasa
Keluarlah yg penuh rahsia
Padanya amanah peringatan berita
Lalu diseru pd mereka
Inikah yg diminta2
Inilah apa yg diminta
Dtgnya dgn tanda
Menerima tiada meminta
Menerima lalu selamat seada
Menolak lalu celaka tiba
Lalu pilihan yg bagaimana
Pura2 takbur diri kuasa
Sebagaimana dulunya mereka
Yg angkuh tamak kuasa
Hiduplah roda masa
Masa dlm masa
Masa pd masa
Jadi pd jadi nyata
Nyatalah pd mereka
Membuka mata demi masa
Memancar seri cahaya
Bahawa cahaya telah tiba
Gelap yg gulita
Lalu mereka terpinga2
Tertanya2 dlm hina mereka
Meraba2 pd yg buta
Tiada berdaya tiada berupaya
Janji masa pasti tiba
Tiba pd masa
Rebah bawa hiba
Lalu bergerak roda masa
Gerak masa menghidupkan semua
Hidup hidupan seluruhnya
Hidup kehidupan falaknya
Kata yg dikota
Kata masa kota wangsa
Kota wangsa bangsa raja
Bahsa raja citra sukma dewa
Alam maya ta mimnya
Milik Allah Yg Maha Esa segentanya
Kasih Rasul saw dirgahayu hayatanya
No comments:
Post a Comment