Barang yg paling bernilai adalah yg paling tiada nilai pdnya. Wang duit yg menjadi keperluan semua org hari ini. Sehingga sanggup melakukan apa saja demi mendapatkannya & berhempas pulas membanting tulang utk memperolehinya. Segala-galanya memerlukan duit maka duit perlu utk memenuhi segala keperluan & kehendak hidup kita hari ini.
Hakikat sebenarnya wang duit hanyalah kertas semata-mata yg sah diperlukan dgn nilai tertentu padanya. Jadi di manakah letak nilainya yg sebenar-benarnya? Jika pd kertasnya apakah bezanya dgn kertas cetakan yg lain?
Jika diperhatikan lg kdg2 kertasnya dh renyuk remuk berkarat hancur lunyai masih kita gunakannya & anggap ia tetap bernilai sekalipun pd rupanya yg buruk dipandang mata. Walau diguna berulang2 kali bertukar tgn di mana2 saja yg menambahkan buruk rupanya tetap ianya bernilai yg tiada tolok bandingnya. Lalu nilainya kertas yg bercetak tersebut hanyasanya bkn pd dirinya bahkan pd yg menggunakannya atau memilikinya. Pemiliknya yg menentukan sejauhmana ianya bernilai. Jika diberi pd anak2 kecil cthnya yg 2 thn usia walau satu beg penuh terisi pd si dia ianya hanya kertas semata2 tak bawa erti pdnya dan sekadar utk mainan. Ini kerana si dia tiada tahu kegunaanya utk apa & bagaimana menggunakan sebagaimana org dewasa menggunakan & mengambil manfaat dari wang duit kertas.
Maka nilainya wang kertas tiada pd ia melainkan yg menentukannya sebagai paling bernilai adalah kita yg memakainya. Kita tertipu sebenarnya dgn mainan kertas kosong dan tak bermakna kita kena tinggalkannya. Pakailah utk kehidupan cuma jgn sampai seolah menjadi sembahan pd kita yg membawa binasa pd hidupnya diri kita.
Mari kita mengambil perbandingan dan letakkan pd Quran yg kita katakan pedoman hidup kita. Ini bermakna kita meletakkan pd Quran nilai yg tertinggi dan tiada nilai lg yg sama dgnnya. Maka jelas ianya sama seumpama wang kertas. Mushaf Quran hanyalah himpunan helaian kertas yg mempunyai tulisan yg dipanggil resam. Jd sama ciri2 dan sifat2nya seperti duit cuma kita membelanjakan/menggunakan isinya sebagaimana yg kita lakukan pd wang kertas. Pada anggapan kita Quran itu suci pada mushafnya,tulisannya,bacaannya sehingga terlampau menyucikannya kita membiarkan ianya tak tersentuh & kekal dirinya suci diselaputi debu. Terlalu byk pantang-larang tatasusila utk membacanya kerana hukum bacaan yg lebih dititikberatkan. Lalu hal ini telah mengikat & menghalang kita utk mengenali Quran dgn lebih rapat dan mengorek isi kandungannya sedalam mungkin utk dijadikan panduan pedoman dlm kehidupan seharian sebagaimana kita lakukan terhadap wang kertas. Sepatutnya kita harus mengenali,mengkaji,membuka dll Quran sehingga renyuk remuk kertasnya sptmana duit renyuk remuk. Manfaat & kehebatan Quran bkn pd tinta & kertasnya, bahkan pd manusia dan terpulang kpd manusia utk mengambil & menentukan berapa tinggi nilai kebaikan Quran.
Kita terlalu menjaga Quran yg mana ia adalah Kalamullah dan Allah Yg Maha Esa Maha Menjaga Kalam2 KekuasaanNya. Quran turun kpd kita utk kita cedok,guna sebaik mungkin isi2nya bknnya utk kita jaganya simpannya dan meletakkan pula syarat2 dan birokrasi tertentu utk mendekatinya. Lalu syarat2 & birokrasi itu telah menjadi jerat kpd kita sendiri & memayahkan kita utk mengambil pedoman & pengiktibaran drpdnya. Bkn Allah yg menentukan syarat2 tersebut bahkan kita sendiri & yg ruginya adalah diri kita sendiri. Seolah2 kita menyucikan Quran utk Allah dan Allah Yg Maha Memiliki semuanya tak perlu kerja tambahan drpd kita. Bahkan Allah Yg Maha Esa memberikannya kpd kita utk diselak diperhalusi dan belajar drpdnya kerana ilmu dlm Quran takkan habis dicedok sekalipun 7 lautan ditambah 7 lautan lg utk ditulis tetap ianya masih berbaki yg takkan habis.
Oleh itu kita yg menentukan berapa tinggi nilai Quran. Terpulang utk mengambil nilainya pd helaian kertas tulisannya yg tersurat atau nilai isinya yg tersimpan tersirat pd rasa yg membacanya. Bacalah dgn rasanya hati kamu lalu kamu akan mendapat cahaya2 kekuasaan yg menjadi kebaikan pd kehidupan kamu. Mari kita sama2 study & ulangkaji Quran dan kongsikan apa yg masing2 dapat. Setiap diri akan memperolehi kebaikan yg berbeza & satu kebaikan yg dikongsikan kpd 1000 org maka akan kembali 1000 kebaikan yg berganda2 nilainya pd kita. Lakukan sebagaimana kita memakai wang kertas dlm hidup seharian. Maka mengapakah kamu tidak berfikir? Soalan2 yg sering diulang2 dlm Quran. Adakah ianya memberi makna kpd kita. Terpulang kpd pilihan rasa hati masing2. Jika baik yg dipilih tetaplah baik utk diri sendiri dan sebaliknya berlaku kalau buruk dipilih maka buruk adalah utk diri sendiri. Tepuk dada tanya selera rasa.
Salam Salaman Selamimrasa
No comments:
Post a Comment