Pages

Sunday, August 28, 2011

Rasul saw Ilmuwan Terulung Cahaya Kehidupan


Rasul saw dan Quran telah mengajar kita untuk menguasai apa-apa sahaja ilmu pengetahuan yg boleh dicapai tanpa membataskan atau membahagikannya mengikut bidang/istilah sebagaimana hari ini. Sesungguhnya Rasul saw telah diberi segala ilmu yg wujud dan menguasai seluruhnya. Hari ini sains menjadi tonggak peneraju kekuatan dan perkembangan ilmu pengetahuan manusia. Sebut sahaja bidang ilmu sains termasuk kuantum fizik, kuantum dinamik, termodinamik, sains kaji hayat, sains peradaban, metafizik atau apa2 lagi istilah yg ada. Maka adakah ilmu-ilmu yg dikatakan puncak keagungan ilmu oleh manusia hari tidak sampai dan tidak pernah dipelajari Rasul saw?

Apabila diangkat sebagai makhluk terbaik mengatasi seluruh penciptaan yg ada maka Rasul saw telah memiliki segala-gala ilmu yg wujud setaraf dgn kesempurnaannya sebagai insan yg paling termulia. Cuma pada gambaran kita Rasul saw seorang yg selalu berjubah berserban, hidup dlm keadaan sederhana (semacam miskin), beristeri ramai, menghabiskan masanya 24 jam sehari di masjid, kadang2 pergi berperang dan sebagainya. Adakah benar begitu spt yg disangkakan?

Sesungguhnya Rasul saw adalah raja segala raja, pakar ekonomi mengatasi sesiapa, pakar fizik, biologi, kimia, matematik, politik siasah dan semua disiplin ilmu yg ada semuanya telah dimiliki Rasul saw. Segala ilmu dari awal penciptaan alam sehingga akhir penciptaan alam telah diberikan kepada baginda maka sejurus itu baginda mampu membentuk satu tata kehidupan manusia yg berperadaban tinggi melebihi mana-mana ketamadunan manusia yg wujud sebelumnya.

Berapa banyak hadis baginda yg telah sampai kpd kita hari ini? Mari kita anggarkan 500,000 hadis yg ada hari ini. Lalu jumlahnya dibahagikan dgn tempoh mula baginda menjadi rasul sehingga wafat iaitu 23 tahun semuanya bersamaan 8395 hari dan dibahagikan lagi dgn 24 jam. Jadi 500,000 ÷ 8,395 ÷24 = 2.5 hadis/ayat/perkataan. Seolah-olahnya baginda hanya menyampaikan 3 hadis sahaja dlm satu jam. Adakah logik jika baginda adalah role model kpd seluruh manusia hanya menyampaikan 60 hadis sehari. Para sahabat pasti bertanya pelbagai soalan yg merangkumi berbagai bidang ilmu kehidupan. Oleh itu, seakan2 terlalu banyak ilmu yg hilang dan tidak sampai kepada kita hari ini.

Oleh yg demikian, hari ini keperibadian baginda hanya lebih menjurus kepada keagamaan dan yg berkaitan dgnnya sahaja. Jika dulunya baginda dan para sahabatnya yg mana telah mencapai kemuncak peradaban hidup manusia maka tentulah banyak kitab2 yg mencangkupi pelbagai disiplin ilmu telah ditulis sebagaimana byknya buku-buku kajian ilmiah manusia hari ini. Selain itu, di nusantara kenapa tiada kitab2 ilmu sebelum 1400 masihi? Kebanyakan rujukan/manuskrip sejarah paling awal ditulis yg dijumpai di sini hanya selepas 1400 masihi. Adakah mereka yg dulunya tidak menulis atau malas menulis. Tentu sekali tidak.

Hal ini kerana, banyak kerajaan2 hebat dan berkuasa telah muncul di nusantara ini sebelum 1200 masihi dan pastinya mereka mempunyai sumber-sumber wacana ilmu dan kitab2 tulisan yg amat banyak selaras dgn perkembangan dan jangka hayat sesebuah kerajaan. Jika dikaji pastilah ada bersebab kenapa kejadian sebegini telah berlaku kerana kejadian yg berlaku sebelumnya akan memberi kesan kepada kejadian hari ini. Dan kejadian hari ini akan memberi kesan kepada kejadian yg akan berlaku esoknya.

Sama seperti kehidupan kita yg dialami hari ini kerana apa yg telah kita buat semalamnya. Lalu jika hidup kita hari tidak menentu,  porak-poranda, susah yg bertali –arus dan sebagainya, maka seeloknya cubalah teliti kehidupan ibu-bapa dan keturunan sebelumnya. Kita wujud hari ini kerana ikatan darah yg tidak pernah putus dari satu orang kpd satu orang selepasnya. Kehidupan keturunan dulu turut terkesan kepada kehidupan kita hari ini sama spt kehidupan kita hari ini membawa kesan kepada anak cucu kita yg akan datang.

Setiap yg berlaku tidak terjadi tanpa sebarang maksud dan apabila ianya terjadi akan ada tanda2/alamat2 yg menunjukkan perkaitan dgn kejadian yg berlaku. Maka tanda2 perlu diambilkira dan diperhalusi agar maksud terhadap sebab sesuatu terjadi dapat difahami sebaik2nya. Terpulanglah kepada kita untuk memilihnya samada mencari maksudnya berdasarkan tanda2 yg ada atau boleh memilihnya untuk membiarkannya begitu sahaja. Pilihan tetap untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

Tuhan tidak mengubah nasib kita sehingga kita mencari jalan untuk mengubahnya. Tuhan juga tidak menentukan sesuatu yg buruk kepada manusia bahkan keburukan berlaku atas sebab2 perbuatan manusia itu sendiri. Mencari sesuatu yg tidak diketahui haruslah mengikut gerak dan rasa hati sehinggalah berjumpa apa yg kita cari. Sebagaimana kita sewaktu kecil yg tidak ada pengetahuan, bermula dgn rasa dan belajar dari rasa berulang2 kali lalu baru datangnya ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada kita.

Kehidupan Yg Akan Datang


Dewasa ini manusia telah mencapai kemuncak peradaban dan pemodenan dalam kehidupan samada dari segi ekonomi, sosio-ekonomi, politik, teknologi dan apa2 sahaja aspek kehidupan hari ini. Dengan ilmu pengetahuan yg ada manusia telah berjaya mengambil manfaat yg pelbagai guna dan diterjemahkan menjadi satu sistem kehidupan yg berteraskan keuntungan semata-mata.

Persoalan adakah pencapaian manusia hari ini akan berterusan untuk suatu tempoh yg lebih panjang pada masa akan datang? Hal ini kerana pada masa ini pelbagai masalah berkaitan ketidakseimbangan bumi melanda manusia hari ini. Ianya termasuklah fenomena pemanasan global, keadaan cuaca yg tidak menentu yg mencetuskan masalah banjir, kemarau, tanah runtuh, tsunami, ribut taufan, tanah runtuh, letusan gunung berapi dan sebagainya. Selain itu ianya dibebankan lagi dgn masalah kejatuhan ekonomi, ketidakstabilan politik yg melibatkan banyak buah negara, yg dilihat semakin meruncing dan tidak menampakkan tanda2 perubahan yg lebih baik.

Tambahan lagi, fenomena ini yg bersangkut-paut dgn sistem ekologi bumi telah menyebabkan aspek pertanian, perladangan, perikanan dan yg berkait makanan menurun pengeluarannya yg mana mengakibatkan masalah makin berkurangan sumber makanan dan bertambah masalah kebuluran dan kemiskinan kepada manusia di seluruh dunia.

Oleh yg demikian, kejadian2 yg berlaku ini adakah memberi kesan kpd kita atau kita hanya memandangnya sepintas lalu? Percaya atau tidak kewujudan masalah2 sebegini sebenarnya berpunca dari diri manusia yg terlalu mengejarkan pembangunan dan pemodenan sehingga mengabaikan keutuhan dan keberkekalan muka bumi yg menjadi tempat tinggal dan hidup kita manusia itu sendiri.

Kerosakan bumi hari ini adalah tidak dapat dikawal lagi dan bumi menuju pengakhiran hayatnya akibat dari perbuatan dan pekerjaan tangan manusia. Dulunya manusia diajar untuk hidup dgn alam dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memakmurkan bumi dengan sebaik-baiknya. Alam ciptaan Yg Maha Mencipta adalah dalam satu sistem yg tersusun dan saling berkait antara satu sama lain. Jika salah satunya pincang perjalanannya akan turut memberi kesan pada yg lainnya.

Ramai dari kita yg menanti kedatangan satu sistem pemerintahan yg akan menyelamat ummat dan membawa kembali manusia menuruti cara hidup berlandaskan agama sepertimana yg disampaikan Rasul saw. Kemusykilannnya ialah jika bumi yg menjadi tempat manusia hidup telah rosak dan masalah ketiadaan sumber makanan terjadi, maka bagaimana sesuatu pemerintahan dapat wujud dan berjalan dgn baik? Jika tanah untuk diduduki makin berkurangan dan makanan untuk meneruskan hidup sukar diperolehi, lalu bolehkah wujud satu sistem pemerintahan?

Sejarah telah menunjukkan sesuatu kerajaan bermula dgn pengukuhan perkara asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal, modal insan yg mana menjamin kestabilan ekonomi, sosio-ekonomi dan politik sesebuah kerajaan.Kemudiannya barulah ianya berkembang melalui peluasan empayar/wilayah dan penguasaan ekonomi berteraskan satu struktur pemerintahan yg kukuh.

Thursday, August 25, 2011

KEJADIAN HANYALAH KEJADIAN HINGGALAH KITA MENGERTI MAKSUDNYA

Bahawa diri yang bangun bermula dari 4 Qulnya , Al Falaq yang membawa penyatuan/kehidupan (Tarikat), Al Kafirun yang membawa urusan (Syariat) seterusnya An Nas membawa ketakwaan (Tasawuf) seterusnya mencapai Al Ikhlas (Hakikat) memberi segalanya menerima tanpa mempersoal apa yang diterima dan terbentanglah (Makrifat) Al Fatihah Jalan Yang Lurus, jalan pengabadian diri sebagai hamba umat Rasul saw.

Solat yang 5 waktunya bermula kehidupan siang selepas malamnya juga membawa diri yang hidup jasad dan rohaninya (2 rakaat) itulah Tarikat yang berdiri dari 2 dan bergitulah solat yang dirikan mengikut maksud yang terdiri. 4 yang mendiri Syariat, 4 yang menegakkan Tasawuf dan 3 yang bangkit dari Hakikat mambawa 4 sebagai tiang2 Pengabadian diri.

"Telah Aku (Rasul saw) tinggalkan yang saling berkait antara yang satu dengan lainnya, ia terbahagi2 dari yang 1 dan kamulah yang menyatukan apa yang terbahagi2 itu kembali menjadi 1 pada kamu".

"Pada kamu hanyalah sebahagian dan sebahagiannya lagi pada yang lain, berkongsilah sebahagian kamu dengan yang lain agar kamu mendapat seluruh bahagiannya".

yg telah dilebihkan sebahagian dari kita dari sebahagian yang lainnya dan setiap diri membawa 1 bahagian yang lebih itu, dan dari yang lebih itu juga ada yang perlu diisi dikongsi sebahagiannya yang ada pada yang lain, begitulah kita diperintahkan Allah Yang Esa dan diajar Rasul saw untuk berkongsi apa yang kita ada kerana Allah Yang Esa, Maha Mengetahui akan sifat kita yang kedekut.

Kita berkongsi bumi dengan makhluk2 yang lainnya sebaliknya kita mahu menguasai keseluruhan bumi Allah Yang Esa ini untuk diri sendiri tanpa memperdulikan makhluk2 yang lain. "Telah Aku (Allah Yang Esa) jadikan kamu berasing-asing dan belajarlah kamu untuk hidup bersama2", "Setiap dari kamu bergantung antara yang lain maka jagalah antara kamu".

Manusia adalah salah satu rantaian didalam kehidupan dibumi, dan setiap darinya berkait dalam perjalanan masa kehidupan, apabila terputus rantaian kehidupan bumi maka secara langsung memberikan kesan kepada bumi tempat tinggal rantaian kehidupan. Kehidupan Masa berlangsung mengikut apa yang telah disusun awalnya dari Kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa dan kiranya rantaian kehidupan mengikut perjalanan masa kehidupan yang tersusun maka ianya akan berlangsung dengan ketenangan dan kedamaian sebaliknya bila perjalanan rantaian kehidupan yang pincang menghasilkan gerak yang tidak lagi sekata maka akan berlakulah gerak yang tidak seiring lalu hilang kestabilan pada kehidupan dan bumi.

"Kamu yang merosak/membinasakan bumi ciptaanKu (Allah Yang Esa) maka tunggulah kamu akan pembalasan dari Tuhan (Allah Yang Esa) kamu yang mencipta kamu"

"Sesungguhnya Tuhan kamu tidak mencipta kamu untuk membinasakan kamu sebaliknya kamulah yang membinasa diri kamu dan yang lain bersama2 kamu",

Tidak Allah Yang Esa mencipta bumi ini untuk dibinasakanNya sebaliknya kitalah yang membinasakan bumi Allah Yang Esa ini atas sifat2 keji yang ada pada kita, lalu kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah kita lakukan dimuka bumi ini.

Bumi telah tercipta beratus juta tahun sebelumnya, sebelum diletakkan mereka dari golongan jin untuk menjaganya sebaliknya berlaku lalu Allah Yang Maha Berkuasa mencipta manusia sebagai penjaga/pemimpin bagi menjaga bumi dan segala pengisiannya.

Kita tidak lagi berupaya menghalang bumi dari terus rosak seterusnya binasa tetapi kita mampu bangun mengimbanginya agar ada sesaat yang dipinta Rasul saw untuk kebenaran kembali semula sebelum semuanya berakhir, kebenaran itu tiada pada kita tidakkah kita mahu mengetahui dan merasai kebenaran yang dijanjikan Rasul saw atau kita mahu terus hidup dengan mengakui, mendukung dan menjunjung apa yang kita tahu tanpa tahu akan kebenaran dari apa yang kita tahu itu adalah kebenaran yang dibawa/disampaikan Rasul saw atau yang lainnya.

Pilihan kita dan kita yang membuat pilihannya, mereka mengatakan merekalah dipihak yang benar dan kamu juga mengata akan kamu yang benar, dan siapakah yang lebih tahu akan kebenaran itu. Kita boleh memilih untuk terus berpegang dari apa yang kita tahu dan menolak apa sahaja yang kita tidak tahu, atau membuka hati menerima dan berkongsi sambil saling mengimbangi antara satu sama yang lain dari apa yang telah dilebihkan pada kita. Kita juga boleh memilih untuk menunggu sehingga datang kebenaran itu dan berpegang padanya setelah jelas terlihat bukti pada kebenaran yang datang itu.

Inilah yang mampu dikongsi yang mungkin dari sebahagian sebaliknya diri kita masih mencari bahagian2 yang tiada pada kita, dan tak mampu diri kita berdiri tegak tanpa bahagian2 yang tiada pada kita. Ukhuwah silaturrahim tali persaudaraan kasih & sayang adalah penyatuan yg terbentuk dari ikatan sebahagian yang mengimbangi sebahagian yg lain dan berdiri ukhuwah pada bahagian2 yang terbentuk menjadi 1. Sebelum terbentuk ukhuwah diluar maka haruslah dibentuk ukhuwah pada diri.

Kasih pada Rasul saw yg dikasihi bawa Sayang pada semuanya berteraskan Takut pada Allah Yg Maha Esa Maha Berkuasa tiada tuhan selainNya yg disembah dan bahawa benarlah Muhammad Rasulullah adalah sebenar-benarnya Pesuruh Allah yg menyampaikan segala-galanya kpd kita.

Demi masa sesungguhnya kita manusia dalam kerugian melainkan kita percaya beriman menerima sebenar-benarnya apa yg telah disampaikan Rasul saw dan lalu mengikuti dan beramal soleh pada perbuatan dan kehidupan seluruhnya. Maka berpesan-pesanlah menyampaikan saling berkongsi dalam kesabaran agar kebenaran yg sampai kpd kita sampai kpd yg lainnya dan dapat dikongsi dimiliki bersama.


TANDA HANYALAH TANDA SEHINGGA KITA MEMAHAMINYA

Mengapa aku mengangkat/mengakui Shahadah? Mengapa Aku bersolat/menyembah? Mengapa aku berpuasa? Mengapa aku Mengeluarkan zakat/ jika cukup kemampuan aku? Mengapa aku harus menunaikan haji/ jika ada kemampuan diri? Mengapa rukunnya 5?

SOALAN HANYALAH SOALAN DAN KEKAL SEBAGAI SOALAN JIKA TIDAK DICARI JAWAPANNYA? MAKA MULAKANLAH MENCARI JAWAPANNYA INSYA’ALLAH PASTI MENEMUI APA YG DICARI...BAGAIMANA NAK BERMULA?

"Kiranya mereka bertanya bagaimana mahu bermula, katakan pada mereka bermulalah dengan mengenali tanda & kejadian diri dari mana asalnya mereka dan darah siapa yang dibawa mereka dan selebihnya adalah urusan Allah Yg Maha Esa Maha Menunjukkan jawapan kepada apa yg dicari”

TANDA HANYALAH TANDA SEHINGGA KITA MEMAHAMI TANDA, KEJADIAN HANYALAH KEJADIAN SEHINGGA KITA MENGERTI MAKSUD KEJADIAN.

Darah yang bertaut membawa seri lantas memberikan peri pada diri lalu berdiri, atas seri memancar peri, membawa diri berdiri teguh diatas bumi.

Berperi diri diatas seri membawa diri kenali diri, darah mengalir berasing2 disambung ditaut menjadi bertali, bangun satu bangulah semua kerana semuanya telah ditandai.

Diseru tidak menyeru pun tidak bangunlah yang bertali bertaut kembali lalu diangkat Yang Maha Mengangkat menarik kembali apa yang bertaut.

Kalam diangkat kalimah dijunjung,
Adat berdiri Melayu sejati,
Kelam kalam hilang kalimah,
Mati adat matilah diri,

Kalimah dijunjung menantang maksud,
Adat Melayu bila berdiri,
Berdiri diri membawa maksud,
Dijunjung "Mim" pada diri.

Bila diri berdiri menjunjung Kalam yang bermaksud maka berdirilah diri dengan membawa maksud/tujuan maka akan jelaslah arah jalan dan tujuan.

Tarikat dan Syariat seumpama kaki kiri dan kanan janganlah kita berjalan hanya dengan satu kaki untuk berjalan kita memerlukan 2 yang saling seiring mengimbangi agar kita tidak tersungkur.  Bergitu juga Tasawuf dan Hakikat seumpama tangan kanan dan kiri kita juga harus seiring, bila kaki dan tangan telah seiring maka akan datanglah badan dan kepala (makrifat).

Bermula solat dengan niatnya (Tarikat) melaksana solat mengikut tertibnya (Syariat) menyerah rohaninya (Tasawuf) untuk memahami akan maksud penyerahan secara jasmaninya (Hakikat) sebelum sujud menyembah Allah Yang Esa (Makrifat).

Tidak Allah Yang Esa jadikan kita hanyalah semata2 untuk menyembah Allah Yang Maha Berkuasa.

Bermula kehidupan/perkerjaan dengan niatnya (Tarikat) Melaksana kehidupan/tanggungjawab mengikut hukum/perintah (Syariat) Penyerahan rohani sebelum/semasa/selepas melaksana kehidupan/tanggungjawab (Tasawwuf) Memahami secara jasmaninya kehidupan/tanggungjawab yang dilaksanakan (Hakikat) Dan seterusnya penyerahan menyembah kehidupan/tanggungjawab yang diperintahkan (Makrifat)

Mengapa bermula 2, 4, 4, 3 dan 4 = 17 rakaat pada 5 waktu, 1 diawal siang 1 condong sedikit dari tegak mataharinya, 1 condong hampir pada tengelamnya 1 diwaktu tenggelamnya dan 1 pada awal malamnya? Mengapa bergini adakah rahsia yang disembunyi? Adakah ia bermaksud? Adakah aku faham akan maksud yang aku lakukan? Perlukah aku tahu apa yang aku kerjakan? Mengapa aku perlu tahu apa yang aku kerjakan kiranya aku laksanakan perintah2 ini tanpa mahu peduli akan maksudnya? Apakah ianya melaksanakan apa yang diperintahkan?

Kita yang biasa hidup seharian begini dan berangan-angan memikirkan apa yg akan dibuat nanti, diperoleh kemudiannya, bagaimana keadaan akan datang, begitu begini bermacam2 buah fikiran keluar bak cendawan tumbuh selepas hujan. Sedangkan hujan belum turun lagi baru mendengar guruh di langit air di tempayan dah dicurahkan kononnya nak diisi dgn air hujan yg entahkan turun entahkan tidak.

Jikalau demikian dari kita menafsir kuman perkara akan datang yg tak tahu bagaimana yang kelam diseberang lebih baik kita melapah gajah soalan-soalan tentang perbuatan dlm hidup seharian didepan mata.

Gajah tetap ada menghalang disebalik mata kerana sudah menjadi kebiasaan ianya diterima sebagai sebahagian dari diri . "Lapahlah gajah yang menghalang kamu dari melihat kejadian yg tak tahu bermaksud agar kamu mengerti apa yang kamu lalui sekarang dan akan lalui kemudiannya".

Hampir semua orang memang duk meneropong kuman seberang laut, memang guna zoom baik punya sampaikan gajah depan mata hilang dari pandangan. Sememangnya effect dari lensa kamera amat berkesan sekali tak dapat disangkalkan lagi. Dah ditunjukkan kat dunia ini tapi berapa ramai yg nak ambilnya sebagai iktibar/pengajaran? Kita terlalu sangat nak capai makrifat, terlalu sangat nak tengok keadaan Allah bila firman berbunyi duduknya di atas arasy, tangan Allah mengatasi/di atas tangan mereka, juga terlalu sangat nak jadi kekasih Allah, terlalu sangat nak mengubah dunia menjadi elok, dan nak capai macam2 benda yg terlalu jauh hingga kita terlupa ada 'gajah' yg jadi penghalang kpd semua itu. Apakah ‘gajah’ tersebut?

'Gajah' yg paling besar adalah was-was diri. Gajah inilah yg paling kuat menghalang pandangan mata hati dari mendapat apa yg sebenarnya patut kita dapat. Pelbagai tanda & kejadian, pelbagai amaran & peringatan ditunjukkan tapi tetap masih kita tak faham2. Lalu disarankan kpd kita utk tengok ke langit sebab di situ berbagai-bagai tanda yg telah ditunjukkan, akan tetapi dek kerana adanya gajah ini, tanda2 yg terbit di langit hanya sekadar pandangan kosong semata tidak bererti tiada bermakna kepada kita. Oleh itu, jadilah kita bodoh yg buta dalam pandai melihatnya kita

'Gajah' yg kedua besar sedang menghalang pandangan mata adalah 'pengetahuan' diri. Sehinggakan kita 'terlupa' kpd Yang Maha Mengetahui. Maka dgn 'gajah' kedua inilah kita akhirnya menolak apa saja yg tidak selari/selaras/sama dgn 'gajah' pengetahuan yg kita sedang bela sekarang. lalu jadilah kita golongan yg sekadar mengikut tanpa tahu apa yg diikut. 'Gajah' ini juga yg membuatkan kita cuai dan lalai dgn usaha kita, sehingga jauh di dasar hati ada terasa bahawa dgn usaha kita yg bersungguh2lah yg membuatkan kita dapat apa yg kita hajati. Oleh itu jadilah kita cuai dalam merasa & lalai dalam mendengar sbb 'terlupa' kpd Yang Maha Memberi lagi Maha Mengurus/Mengatur pemberian, urusan dan aturanNya.

Kedua2 gajah membawa kita terbuai dgn tunggangan bodoh, cuai & lalainya kita dan membebani kita dlm kehidupan seharian.

"Lihatlah gajah dan janganlah kamu menjadi sepertinya, biarpun besar dan kuat jasadnya ia takut bila tiba malamnya".

Kita yang dipinjamkan jasad yang sempurna ciptaan Allah Yang Esa dibekalkan dengan kitab2 yang telah sempurna dan Rasul saw telah menyampaikan dan melangkapkannya. Kiranya gajah sedar akan dirinya yang besar dan kuat mungkin gajah tidak akan takut pada gelap malam harinya.





Monday, August 22, 2011

Barang Yg Paling Bernilai Adalah Paling Tiada Nilai Padanya

Barang yg paling bernilai adalah yg paling tiada nilai pdnya. Wang duit yg menjadi keperluan semua org hari ini. Sehingga sanggup melakukan apa saja demi mendapatkannya & berhempas pulas membanting tulang utk memperolehinya. Segala-galanya memerlukan duit maka duit perlu utk memenuhi segala keperluan & kehendak hidup kita hari ini.
Hakikat sebenarnya wang duit hanyalah kertas semata-mata yg sah diperlukan dgn nilai tertentu padanya. Jadi di manakah letak nilainya yg sebenar-benarnya? Jika pd kertasnya apakah bezanya dgn kertas cetakan yg lain?
Jika diperhatikan lg kdg2 kertasnya dh renyuk remuk berkarat hancur lunyai masih kita gunakannya & anggap ia tetap bernilai sekalipun pd rupanya yg buruk dipandang mata. Walau diguna berulang2 kali bertukar tgn di mana2 saja yg menambahkan buruk rupanya tetap ianya bernilai yg tiada tolok bandingnya. Lalu nilainya kertas yg bercetak tersebut hanyasanya bkn pd dirinya bahkan pd yg menggunakannya atau memilikinya. Pemiliknya yg menentukan sejauhmana ianya bernilai. Jika diberi pd anak2 kecil cthnya yg 2 thn usia walau satu beg penuh terisi pd si dia ianya hanya kertas semata2 tak bawa erti pdnya dan sekadar utk mainan. Ini kerana si dia tiada tahu kegunaanya utk apa & bagaimana menggunakan sebagaimana org dewasa menggunakan & mengambil manfaat dari wang duit kertas.
Maka nilainya wang kertas tiada pd ia melainkan yg menentukannya sebagai paling bernilai adalah kita yg memakainya. Kita tertipu sebenarnya dgn mainan kertas kosong dan tak bermakna kita kena tinggalkannya. Pakailah utk kehidupan cuma jgn sampai seolah menjadi sembahan pd kita yg membawa binasa pd hidupnya diri kita.
Mari kita mengambil perbandingan dan letakkan pd Quran yg kita katakan pedoman hidup kita. Ini bermakna kita meletakkan pd Quran nilai yg tertinggi dan tiada nilai lg yg sama dgnnya. Maka jelas ianya sama seumpama wang kertas. Mushaf Quran hanyalah himpunan helaian kertas yg mempunyai tulisan yg dipanggil resam. Jd sama ciri2 dan sifat2nya seperti duit cuma kita membelanjakan/menggunakan isinya sebagaimana yg kita lakukan pd wang kertas. Pada anggapan kita Quran itu suci pada mushafnya,tulisannya,bacaannya sehingga terlampau menyucikannya kita membiarkan ianya tak tersentuh & kekal dirinya suci diselaputi debu. Terlalu byk pantang-larang tatasusila utk membacanya kerana hukum bacaan yg lebih dititikberatkan. Lalu hal ini telah mengikat & menghalang kita utk mengenali Quran dgn lebih rapat dan mengorek isi kandungannya sedalam mungkin utk dijadikan panduan pedoman dlm kehidupan seharian sebagaimana kita lakukan terhadap wang kertas. Sepatutnya kita harus mengenali,mengkaji,membuka dll Quran sehingga renyuk remuk kertasnya sptmana duit renyuk remuk. Manfaat & kehebatan Quran bkn pd tinta & kertasnya, bahkan pd manusia dan terpulang kpd manusia utk mengambil & menentukan berapa tinggi nilai kebaikan Quran.
Kita terlalu menjaga Quran yg mana ia adalah Kalamullah dan Allah Yg Maha Esa Maha Menjaga Kalam2 KekuasaanNya. Quran turun kpd kita utk kita cedok,guna sebaik mungkin isi2nya bknnya utk kita jaganya simpannya dan meletakkan pula syarat2 dan birokrasi tertentu utk mendekatinya. Lalu syarat2 & birokrasi itu telah menjadi jerat kpd kita sendiri  & memayahkan kita utk mengambil pedoman & pengiktibaran drpdnya. Bkn Allah yg menentukan syarat2 tersebut bahkan kita sendiri & yg ruginya adalah diri kita sendiri. Seolah2 kita menyucikan Quran utk Allah dan Allah Yg Maha Memiliki semuanya tak perlu kerja tambahan drpd kita. Bahkan Allah Yg Maha Esa memberikannya kpd kita utk diselak diperhalusi dan belajar drpdnya kerana ilmu dlm Quran takkan habis dicedok sekalipun 7 lautan ditambah 7 lautan lg utk ditulis tetap ianya masih berbaki yg takkan habis.
Oleh itu kita yg menentukan berapa tinggi nilai Quran. Terpulang utk mengambil nilainya pd helaian kertas tulisannya yg tersurat atau nilai isinya yg tersimpan tersirat pd rasa yg membacanya. Bacalah dgn rasanya hati kamu lalu kamu akan mendapat cahaya2 kekuasaan yg menjadi kebaikan pd kehidupan kamu. Mari kita sama2 study & ulangkaji Quran dan kongsikan apa yg masing2 dapat. Setiap diri akan memperolehi kebaikan yg berbeza & satu kebaikan yg dikongsikan kpd 1000 org maka akan kembali 1000 kebaikan yg berganda2 nilainya pd kita. Lakukan sebagaimana kita memakai wang kertas dlm hidup seharian. Maka mengapakah kamu tidak berfikir? Soalan2 yg sering diulang2 dlm Quran. Adakah ianya memberi makna kpd kita. Terpulang kpd pilihan rasa hati masing2. Jika baik yg dipilih tetaplah baik utk diri sendiri dan sebaliknya berlaku kalau buruk dipilih maka buruk adalah utk diri sendiri. Tepuk dada tanya selera rasa.
Salam Salaman Selamimrasa

Sunday, August 21, 2011

Dilebihkan Sbahagian Dari Sebahagian Yg Lain

Dilebihkan Sebahagian Dari Sebahagian Yg Lain
Belajar berkongsi rasa nikmat yg pelbagai rupa yg telah diberikan antara kita. Masing2 dilebihkurangkan dgn kebaikan yg berbeza dan dikuranglebihkan dgn keburukan yg berlainan. Kita melihat apa yg ada pd yg lain dan tiada pd kita. Sebaliknya yg lain melihat apa yg ada pd kita dan tiada pd mereka. Lalu kita kejar-mengejar utk mendapatkan apa yg tiada dan lupa menikmati sebaik2nya apa yg telah ada pd kita.
Kita mencari & menanti sesuatu yg jauh dan kita tak tahu bagaimana keadaan bentuknya sedangkan yg dekat kita biarkan terbiar tanpa dibajasuburkannya. Yg dipentingkan permukaannya terjaga elok tiada calar yg cacat cela dan dalamannya tenggelam hanyut dibawa arus deras tak dipedulikan. Lalu jadilah kerakusan kera diberi susu tarahbotakan hutan bawa hancur rosak musnahnya tadahan hujan manakala anak diri sendiri mati kehausan kelaparan dek kerana tercemarnya air sumber minuman kegunaan seharian dlm kehidupan.
Yang dikejar tak dapat nak tangkap muatan telah terlebih bebanan maka yg dikendong terlepas tali ikatannya jatuh bertaburan bawa rugi diri sendiri semuanya nak tuding menuding jari saling salah menyalahkan siapa empunya perkara hal ini jadi begini. Maka sesal dahulu pendapatan lumayan sesal kemudian tak berguna lagi apabila hilang punca mata pencarian riuh rendah satu kampung kerana telur tembelang ayamnya telah pecah bawa busuk terpalit ke muka tembok buatan sendiri.
Salam Salaman Salamati